CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4879|Reply: 32

DBKL wujud zon khas untuk motorsikal di lampu isyarat

[Copy link]
Post time 16-3-2017 09:45 AM | Show all posts |Read mode
DBKL wujud zon khas untuk motorsikal di lampu isyarat






Zon khas ini menjamin keselamatan pejalan kaki untuk melintas dan memberi kemudahan kepada penunggang motosikal berhenti dengan selamat




KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penstrukturan trafik baru di ibu kota dengan mewujudkan zon keutamaan motosikal di beberapa lokasi lampu isyarat.
Zon tersebut akan dicat warna merah dan putih sebagai penanda kepada setiap penunggang motosikal untuk berhenti di dalam petak khas sementara menunggu lampu isyarat.
Kenderaan lain perlu memberhentikan kenderaan masing-masing di belakang petak itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata penstrukturan trafik ini bagi menjamin keselamatan pejalan kaki untuk melintas dan memberi kemudahan kepada pengguna motosikal berhenti dalam keadaan selamat.

“Dalam usaha ini, saya harap agar ia dapat mengurangkan kes jenayah yang sering berlaku di jalan raya seperti masalah ragut dan pecah cermin kereta,” katanya pada sidang media hari ini.
Amin berkata setakat ini DBKL menyediakan zon motosikal di 3 lokasi merangkumi Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.
Malah pihaknya juga mengenal pasti beberapa lokasi lain untuk mewujudkan kemudahan itu antaranya di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Kami akan wujudkan satu zon motosikal pada setiap bulan di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna motosikal.
“Setiap zon yang berkeluasan 6.096 meter mampu memuatkan lebih 20 motosikal dalam satu-satu masa,” katanya.
Amin berkata pada peringkat awal ini, DBKL akan memberi tempoh percubaan selama 3 bulan bermula bulan ini kepada pengguna jalan raya untuk membiasakan diri kepada penstrukturan trafik yang baru itu.
Selepas tempoh percubaan itu, Mhd Amin Nordin berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi arahan itu akan dikenakan kompaun antara RM50 hingga RM100.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 09:54 AM | Show all posts
Makin mirip Indonesia dah...




Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 09:58 AM | Show all posts
gmbr last ak terpikir kenapa mcm tu. owh ye, motor.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 10:35 AM | Show all posts
owh jadi konsepnya motosikal yang masih jauh di belakang mesti menyelit2 antara kereta, bas dan lori untuk ke petak ni sementara tunggu lampu hijau?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 10:37 AM | Show all posts
Sesuatu pembaharuan yang sedang dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 10:39 AM | Show all posts
boogeese replied at 16-3-2017 10:35 AM
owh jadi konsepnya motosikal yang masih jauh di belakang mesti menyelit2 antara kereta, bas dan lori ...

habis ko ingat motor tu yg kecik nak kena beratur belakang kereta buat bertambah jem lagi jalan sementara nak tunggu lampu hijau??abes selama ni motor tak menyelit nak elak jem??ke motor yg punca jem kat malaysia ni??susah la camni kalau semua benda ko nak condemn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2017 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
boogeese replied at 16-3-2017 10:35 AM
owh jadi konsepnya motosikal yang masih jauh di belakang mesti menyelit2 antara kereta, bas dan lori ...

Kau nak sepuluh buah moto tggu trafic light depan kete kau ke? Bia jalan makin jem ??
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 10:50 AM | Show all posts
kalau lampu hijau yang sekejap jer, rasanya 1-2 buah kereta jer yang boleh lepas. Silap-silap sebuah kereta pun xlepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 11:05 AM | Show all posts
aku rasa good job utk buat area KL.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:09 AM | Show all posts
ra5101 replied at 16-3-2017 10:50 AM
kalau lampu hijau yang sekejap jer, rasanya 1-2 buah kereta jer yang boleh lepas. Silap-silap sebuah ...

takde masalah pun kalau mentaliti org msia ni standby utk green light..masalah orang2 kita ni, sampai traffic light pun boleh letak gear parking..lepas tu hijau baru nak tukar gear lah, baru nak masuk gear jalan la..time tu ada jugak yang dok balas whatsapp lah..

cuba kalau depa standby utk jalan by the time it's green light...takda masalah flow pun sbenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:26 AM | Show all posts
kentel replied at 16-3-2017 11:09 AM
takde masalah pun kalau mentaliti org msia ni standby utk green light..masalah orang2 kita ni, sam ...

siggy kauuu  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:27 AM | Show all posts
baguss...aku setuju. sila  buat di seluruh malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:35 AM | Show all posts

nape mcm kenal eh???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:53 AM | Show all posts
cancer_files replied at 16-3-2017 09:54 AM
Makin mirip Indonesia dah...

Yaaahhh.. indon mesti bangga kita tiru dia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:04 PM | Show all posts
boogeese replied at 16-3-2017 10:35 AM
owh jadi konsepnya motosikal yang masih jauh di belakang mesti menyelit2 antara kereta, bas dan lori ...

memang tak nah bawak motor kt jalan raya ni...

kalo naik motor nak beratur belakang kete, bas...jawabnya makan asap bas la..

baik takyah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:06 PM | Show all posts
lalala22389 replied at 16-3-2017 10:39 AM
habis ko ingat motor tu yg kecik nak kena beratur belakang kereta buat bertambah jem lagi jalan se ...

bawak kereta gajah masuk bandar even drive sorang pun takder org bising...

tak tau naper org berbulu sgt dgn org bwk motor nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 12:08 PM | Show all posts
elok klu kete masuk dlm ruang motor tu adela alarm ke hape kan
mcm aku ritu masuk lam petak kunin...haha
siap ade sore pompuan bg amaran...
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:51 PM | Show all posts

biasa bab andartu ni ipan je yg suke.. hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:55 PM | Show all posts
lalala22389 replied at 16-3-2017 10:39 AM
habis ko ingat motor tu yg kecik nak kena beratur belakang kereta buat bertambah jem lagi jalan se ...

Nak cepat pun keselamatan kena jaga bro...
Aku cukup seriau tengok motosikal menyelit celah lori. Belum sempat habis potong lori dah jalan...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:10 PM | Show all posts
so sensor kena re align semula lah ye.  kos lagi situ.  tapi bagus juga utk kebaikan penunggang motor.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.236686 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list