Tahukah anda, terdapat bahan yang lebih baik dari ubat gigi? Dipetik dari boldsky.com, sebuah penemuan baru mengatakan terdapat banyak kelebihan jika kita menggunakan minyak kelapa untuk menggosok gigi.
Cara untuk membuat sendiri ubat gigi minyak kelapa di rumah:
Bahan-bahan:
6 sudu teh minyak kelapa
6 sudu teh soda penaik
25 titis essential oil (perasa mint atau apa sahaja)
Cara-cara
1. Campurkan minyak kelapa dan soda penaik.
2. Tambahkan essential oil dan siap!
Foto: naturalsociety.com
Antara manfaat menggunakan ubat gigi versi minyak kelapa:
1. Menghilangkan bau mulut
Minyak kelapa mengandungi agen anti-bakteria yang mamapu membasmi kuman dalam mulut. Hasilnya mulut anda lebih segar dan tiada lagi masalah bau mulut.
2. Membunuh bakteria
Minyak kelapa mampu melawan bakteria berbahaya dan mikroorganisma yang ada dalam mulut. Disarankan agar anda gosok gigi menggunakan bahan ini, 2 kali dalam seahri.
3. Mencegah karang gigi
Disebabkan kemampuan minyak kelapa untuk mencegah bakteria berbahaya, makan ia akan mengelakkan gigi kita dari berlubang dan masalah karang gigi.
4. Memperkuatkan gusi
Minyak kelapa juga boleh menguatkan rahang dan gusi dan mencegah penyakit seperti Temporomandibular Joint (TMJ) Dysfunction atau sakit di sendi rahang dan otot-otot di sekitarnya.
5. Memutihkan gigi
Selain petua yang biasa didengari seperti menggunakan arang dan lemon, minyak kelapa juga boleh membantu mendapatkan gigi yang putih bersinar.
Foto: Davidwolfe.com
Tak sangka begitu banyak khasiat yang boleh diperolehi dari minyak kelapa bukan?
Lupakan ubat gigi biasa, beralih pula kepada versi minyak kelapa dan lihat sendiri hasilnya. Selamat mencuba -CARI
Post time 20-3-2017 10:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Rasa minyak kelapa, ada masin sikit from the soda. Boleh jugak cuba oil pulling. Caranya, kumur minyak kelapa dara 10ml selama 15 minit gitu. Gosok gigi macam biasa before oil pulling. Memang rasa bersih.
Post time 21-8-2017 07:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ayorsuam at 21-8-2017 07:35 PM
BelovedTaeyeon replied at 21-8-2017 02:40 PM
Oil pulling tu camana ya?
Macam yg akak dah explain atas tu sis.. Swish (jgn kumur, silap info awal) minyak kelapa dara dalam mulut selama 15 minit. Pastu buang, preferably dlm plastik, nnti sumbat plak sinki rumah. Nak tau lebih detail boleh google.
Post time 22-8-2017 08:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
BelovedTaeyeon replied at 22-8-2017 11:10 AM
Betul juga.
Guna VCO jer la.
Ambik VCO dlm 1 tbspn, swish (gerak2 kan dlm mulut, JGN kumur). Buat untuk 15 minit. Lepas tu spit into a plastic bag. Buang dlm tong sampah. Siap!
Ada orang buat daily, akk buat 2x seminggu macamtu.
Post time 16-11-2017 09:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Haii. Assalamualaikum semua.
Tahukah anda minyak kelapa dara sangat berkhasiat utk semua lapisan umur..
cara penghasilannya juga terdapat berbagai kaedah.
Kaedah centrifudge adalah yang popular.. Dalam masa berapa minit sahaja dapat terhasil vco kuantiti banyak.
Saya menghasilkan vco cara tradisional warisi dari ibu saya.
Minyak kelapa dara yang terhasil dari kaedah ini, pemeraman adalah yg terbaik.
Diperam 72 jam sehingga menghasilkan minyak yang bermutu dan berkhasiat berbeza dari vco yang banyak terdapat di pasaran.
Harumnya rasa kelapa. Anak seawal usia 2 tahun pun suka.