CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15973|Reply: 117

Edisi #why : Kenapa Dayang Tak Nak Promo Lagu "Pejamkan Mata"?

[Copy link]
Post time 15-3-2017 09:10 PM | Show all posts |Read mode

Penyanyi lagu Pejamkan Mata, Dayang Nurfaizah menegaskan dia lebih selesa untuk menyanyikan lagu tersebut sekiranya penyanyi asalnya, Malique ada bersama.

Tambah Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, dia menghormati karya yang dihasilkan Malique dan memerlukan kedua-dua pihak untuk membuat persembahan sekiranya dikehendaki.

"Itu lagu dia dan kami berkolaborasi selepas Malique menghubungi saya untuk berduet bersama-sama.

"Jika ada yang mahukan saya menyanyi lagu Pejamkan Mata, saya mahu dia (Malique) ada sekali tetapi bergantung juga pada keadaan sebenarnya," jelas Dayang yang ditemui pada majlis sidang media konsert amal Tapestry OF Colours 2017 yang diadakan di Gelari Petronas, Suria KLCC, baru-baru ini.

Mengulas mengenai keengganan Dayang mempromosikan lagu tersebut, jelas penyanyi kelahiran Sarawak itu dia masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penyanyi undangan dalam lagu itu dalam usaha promosi selagi termampu.

"Bukan saya tidak mahu mempromosikan lagu itu tetapi hakikatnya itu lagu Malique. Ke mana-mana sahaja saya pergi orang akan bertanya tentang lagu itu dan saya akan sentiasa berkongsi cerita.

"Tetapi proses promosi harus dilakukan daripada pihak dia (Malique). Jika dia perlukan saya kenapa tidak saya membantunya untuk mempromosi sebab lagu itu memang karya yang berkualiti," ujar Dayang lagi.

Lagu Pejamkan Mata ciptaan sepenuhnya Malique dimuatkan dalam album TKO bawah label Qarma Musiq milik Malique sendiri.

Proses rakaman lagu itu tambah Dayang dilakukan secara berasingan dan perbincangan dengan Malique berlangsung menerusi panggilan telefon sahaja.

"Sepanjang proses rakaman lagu itu kami tidak pernah berjumpa melainkan berbincang melalui telefon sahaja.

"Walaupun dia tiada di depan mata, saya senang bekerja bersama kerana dia mempunyai arahan yang jelas," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Syg sbb lagu sedap
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ssh nya nak tgk dia ek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Feeling dgr lagu ni..Iols trbygkn malique..Suke sgt kt die
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Record lagu pun x jumpa..nape malique btul2 sembunyikan diri eh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Best lagu nya. Banyak kali dengar pun tak terikut jugak lirik nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dayang xnak kawen???
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 10:37 PM | Show all posts
ye lah tu lagu malique bukan dayang, habis part rap sape jah nak nyanyi? lain lah kalau dayang featuring malique, part rap sikit jah boleh lah time rap dayang buka sarung tetek gosok sekali dua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2017 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ahmad_dhani91 replied at 15-3-2017 10:37 PM
ye lah tu lagu malique bukan dayang, habis part rap sape jah nak nyanyi? lain lah kalau dayang featu ...

Terbayang jenek jeksen baca komen chuols     
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 10:53 PM | Show all posts
classy kan lagu ni
ala2 beyonce duet dgn eminem gituh
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Gediknya malique..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
best sgt lagu ni.. malique jgnla sembunyi.. dah 2017 dah rugi tau kalo sembunyi je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg malique pn satu. Kalau nk jadi pelarian mcm tu baik xyah record album terus. Ni kesian dayang kena mjawab sorg2. Myb sesetengah org akan baca yang dayang ni selfish, tp dr segi showbiz nya, malique yg patut kluarkan modal promo lagu ni. Dayang sndri pn dh nk kluar album baru. Korang dh beli tak tiket showcase dayang kt matic tu? Yang dh beli tu, see you there.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 11:17 PM | Show all posts
sedapnya lagu tu. aku lebih suka malique rap dari joe flizzow.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss selalu je tgk dayang promote lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:08 AM | Show all posts
Siap ada glosari lagi dalam komen youtube.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 12:15 AM | Show all posts
aku discover dekat spotify masa memula keluar. sedap2 lagu2 baru maliq termasuk yg ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:17 AM | Show all posts
apela masalah ko ni malique. naik menyampah dh aku dengan persembunyian ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan jua lagu ni..sedap. X paham dgn malique ni nape nk sembunyikn diri ni.

Statement dayang kat atas tu pon berbelit2. X nk nyanyi dan promosi lagu tu kalo malique takde tp tgk keadaan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan jua lagu ni..sedap. X paham dgn malique ni nape nk sembunyikn diri ni.

Statement dayang kat atas tu pon berbelit2. X nk nyanyi dan promosi lagu tu kalo malique takde tp tgk keadaan jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075532 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list