View: 1599|Reply: 8
|
Pendaki Kena Tahan Sakit Lebih 36 Jam Setelah Dipatuk Ular
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berusia 44 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih 36 jam setelah dipatuk ular ketika mendaki bersama dua rakannya di Gunung Semangkuk berhampiran Bukit Fraser dekat Raub pada Sabtu malam.
Berikutan helikopter tidak dapat mengambil mangsa akibat kabus tebal pada Ahad, mangsa dikenali sebagai Bakhtiar Itam Shamsudin hanya berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada pagi Isnin untuk mendapatkan rawatan.
Memetik laporan Bernama, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.24 pagi Ahad, kira-kira 12 jam selepas ianya berlaku.
"asukan menyelamat dikerah mengikut laluan pendakian biasa dan ia mengambil masa antara 12 dan 14 jam untuk sampai ke lokasi."
Shahrulnizam berkata mangsa yang masih selamat berjaya dibawa keluar bersama dua rakannya pada 10.45 pagi Isnin dengan helikopter Unit Udara JBPM dari Pangkalan Udara Bertam.
Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil di bawah pemantauan doktor.
Seramai 30 anggota penyelamat terlibat dalam misi menyelamat mangsa berkenaan.- CARI
sumber foto: www.mediahiburan.my
|
|
|
|
|
|
|
|
36 jam relax je penyelamat2 malaysia kerja tak brenti, tak macam doktor2 cina tu..terbaring macam gelandangan tak cukup makan. |
|
|
|
|
|
|
|
ada berhenti lah. fikir jpam penyelamat tu robot ke? akak yang duk kawad kaki pun selalu take five
|
|
|
|
|
|
|
|
abih kau fikir cina doktor tarak brenti ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..nasib baik dpt diselamatkan |
|
|
|
|
|
|
|
36 jam yang cukup seksa sebelum mendapatkan rawatan moga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
kawan mek antara team yg naik gunung ni bersama-sama.. tapi mek x faham penceritaan dia...
hahahahhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ular jenis apaa? Kalau yg berbisa dah lama matii |
|
|
|
|
|
|
| |
|