View: 4415|Reply: 45
|
Terlibat Skandal Rasuah Hartanah, Exco Kanan Johor Ditahan SPRM
[Copy link]
|
|
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi menahan Exco kanan kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi yang disyaki terbabit dengan skandal rasuah hartanah.
Tindakan itu bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah membabitkan penyelewengan hartanah di negeri ini.
Memetik laporan Bernama, exco berkenaan sebelum ini dilaporkan mengemukakan cuti bagi jawatan disandangnya untuk membersihkan namanya ekoran siasatan yang turut menahan anak dan pegawainya yang disiasat dalam isu itu.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki selepas Exco itu ditahan di pejabat SPRM Johor pada 10.56 pagi tadi.
Terdahulu, pada hari yang sama, empat suspek yang ditahan reman termasuk anak dan pegawai khas kepada Exco itu telah dibebaskan.
Penolong Pendaftar, Saba’aton Daud membenarkan kesemua tahanan dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di pejabatnya setelah selesai tempoh tahanan reman.- CARI
sumber foto: mstar |
|
|
|
|
|
|
|
bandi amuk |
|
|
|
|
|
|
|
wow....ni parti dapig ke ????
|
|
|
|
|
|
|
|
sprm dah ckp bg 3tahun utk hapuskan rasuah dlm penjawat awam. patutnya negara maju 2020 dah xda rasuah.. tp terkilan biasanya alih2 selamat je.. mcm kes sabah tu.. ntahlah.
SJ dh berbunyi belum pasal isu ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah again..: |
|
|
|
|
|
|
|
Super-M replied at 9-3-2017 02:17 PM
sprm dah ckp bg 3tahun utk hapuskan rasuah dlm penjawat awam. patutnya negara maju 2020 dah xda rasu ...
kes Sabah MN ada senyap. dokumen, resit2 ada 2 kontena Kena sort out. Ambik masa berbulan nak abih |
|
|
|
|
|
|
|
elok merge dengan thread lagi satu tu... baru nampak kronologi kes ni.
mendapatlah siapa yang fikir nak kaya sendiri pastu amik hak orang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
mamat ni team muhyidin ke? tiba2 nak PRU ni kantoi pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk Lg tu yg blom kena angkut skali setiausaha exco2 lain. Bdk2 peon Pon sama je tukang jual geran2 rmmj. Cari duit kopi. Bdk peon Pon pkai vellfire . Simpan duit atas loteng kot |
|
|
|
|
|
|
|
BeskotCekelat replied at 9-3-2017 05:55 PM
mamat ni team muhyidin ke? tiba2 nak PRU ni kantoi pulak..
Ish...dia ni baik dgn Sultan Johor...paling favoured katanya utk ganti khalid |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas SPRM. Mana2 ahli politik ker atau rakyat marhen ker yang rasuah tu dakwa mereka. Jangan buat masa zaman tun m...rasuah politik jer sapu bawah tikar... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh x bgtau die dr parti mana ape jwtn..etc |
|
|
|
|
|
|
|
JOHOR BARU: Hanya beberapa jam selepas Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi ditahan, 150 beg tangan jenama mewah, wang tunai dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dirampas di kediamannya di sini.
Rampasan dibuat dalam satu serbuan dilakukan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas penahanannya pada pukul 10.50 pagi Khamis.
Antara jenama mewah beg tangan yang dirampas seperti Chanel, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo dan Louis Vuitton.
Turut dirampas adalah sebuah kereta Toyota Vellfire dan wang tunai berjumlah RM41,000.
Abd Latif dijangka dibawa ke mahkamah pada Jumaat untuk direman.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah mula bercuti pada 1 Mac lalu untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.
SPRM dalam satu kenyataan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... DHeSyDwbWkHAsBWm.99 |
|
|
|
|
|
|
|
Semenjak 2 menjak ni
sprm kalo wat rampasan mesti
dpt stok2 beg2 tgn berjenama
Motif simpan beg tgn byk2
ke apart of hasil rasuah tu
byk digunakan utk stok puaskan kehendak2 bini
yg suka meroyan meragam nak beg tgn berjenama
|
|
|
|
|
|
|
|
hai lava fail maths
|
|
|
|
|
|
|
| |
|