CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6298|Reply: 30

Ada Berani Ke Korea Utara? Kunjungi 5 Tempat Menarik Ini

[Copy link]
Post time 8-3-2017 05:26 PM | Show all posts |Read mode


Sebut sahaja Korea Utara, perkara pertama yang akan bermain di minda adalah sebuah negara suka bertelagah dengan jiran mereka iaitu Korea Selatan dan mempunyai seorang pemimpin tertinggi yang diktator.



Korea Utara juga sering menjadi perhatian masyarakat antarabangsa kerana dengan selamba membangunkan projek senjata nuklearnya dan perkara itu amat menggerunkan jiran-jiran mereka di Asia timur malah juga kuasa besar di Barat seperti Amerika Syarikat.


Jadi disebabkan ini ramai yang takut untuk melancong di tanah yang dikuasai oleh Kim Jong-Un itu!


Tetapi sebenarnya banyak tempat menarik di Korea Utara namun ramai yang tidak tahu kerana Korea Utara merupakan sebuah negara yang "suka mengasingkan diri".


Andai anda berpeluang ke Korea Utara, kunjungilah lima tempat menkagumkan ini.





1- Victorious War Musieum
Dibina pada tahun 1953, Victorious War Museum merupakan antara tempat paling banyak dikunjungi pengunjung dari seluruh penjuru dunia. Ini kerana hanya dimuseum yang terletak di Pyonyang ini sahaja anda berpeluang menyaksikan pelbagai jenis kenderaan perang dan juga senjata yang dahulu pernah digunakan tentera Korea Utara ketika perang saudara dengan Korea Selatan.



Ada Berani Ke Korea Utara? Kunjungi 5 Tempat Menarik Ini



2- Arc of Thriumph
Arc of Triumph Pyongyang adalah sebuah bangunan triumphal arc kedua terbesar di dunia selepas Monumento a la Revolucion di Mexico. Bangunan megah yang terletak di sebelah utara Pyongyang ini dibina sebagai tanda kekuatan Korea Utara ketika melawan Jepun pada tahun 1925-1945.







3- Kumsusan Palace of the Sun
Kumsusan Palace of the Sun adalah sebuah bangunan megah yang terletak di Pyongyang. Bangunan ini awalnya dibangun Kim II-Sung dan kemudian diubah suai oleh anaknya, Kim Jong-il. Selepas Kim II-Sung meninggal dunia pada tahun 1994, bangunan ini berubah fungsi sebagai mausoleum. Kim Jong-il merombak semula hampir seluruh struktur bangunan hingga menampakkannya lebih gah dan setanding mauseloum terkenal dunia, iaitu Taj Mahal.








4- Juche Tower
Mengapa perlu ke Juche Tower? Kerana tower ini adalah kebanggaan rakyat Korea Utara. Seperti namanya, tower ini adalah simbol ideologi politik Juche yang diperkenalkan oleh Kim II-Sung. Pada tahun 1982 menara ini selesai dibina sempena ulang tahun Kim II-Sung yang ke-70. Hingga ke hari ini, menara yang memiliki tinggi hingga mencapai 170 meter ini menjadi tarikan utama buat pelancong.








5. Museum Koryo
Museum Koryo adalah sebuah museum yang menyimpan banyak artifak dan peninggalan sejarah yang sangat berharga dari kerajaan Koryo (918-1392). Nama Korea sebenarnya sebuah turunan dari kata Koryo. Di muzium ini anda akan menyaksikan bagaimana kehidupan rakyat Korea kuno di zaman dahulu. Kerana di sinilah sejarah Korea bermula hingga akhirnya terpecah dua dan saling bermusuhan.



Ternyata, Korea Utara juga mempunyai banyak tempat menarik namun difahamkan untuk melancong di negara komunis ini, pelancong tidak dibenarkan bebas melancong tanpa pengiring iaitu dikalangan rakyat Korea Utara sendiri. - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 05:30 PM | Show all posts
Tak berminat nak kesana buat masa ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 05:33 PM | Show all posts
boring jer
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 05:38 PM | Show all posts

wadehekk.. bagi tiket free pun x hengin ke sana. setakat bangunan2 lama baik pi kuala kangsor



Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
keras kejung je pemandangan dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysian lbh minat pergi selatan untung untung ketemu aktor kacak dan aktress seksi kpop.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2017 06:57 PM | Show all posts
cari forum tak de sensitiviti langsung ye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
korea utara xde lee min ho...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 07:09 PM | Show all posts
time2 ni nak promot korea utara!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 8-3-2017 06:57 PM
malaysian lbh minat pergi selatan untung untung ketemu aktor kacak dan aktress seksi kpop.

Sebenarnya wajah dorang sama je baik utara or selatan.. Cumanta yg selatan dh byk polish plus operate sana sini.. Pastu industri hiburan kt selatan lbh meriah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 10:21 PM | Show all posts
Not in my list.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Xda feel nk ke sana..xmenarik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
X berminat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Curious nak tau cara hidup mereka
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum teringin nk pegi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 10:12 AM | Show all posts
pompuan korea utara tak lawa mcm korea selatan. korea selatan ada plastik surgeri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 12:56 PM | Show all posts
tak pernah berminat nk ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:41 PM | Show all posts



https://www.thevocket.com/travel-ke-korea-utara/

kt sites ni lagi byk gmbar2 psl korea utara ni..

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Korea utara mcm kashmir...xde pe sgt cuma pemandangan semulajadi. Pencemaran kurang coz kenderaan xde. Better pilih kashmir
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 05:27 PM | Show all posts
Macam bosannn jeee. Tak ada benda yg menarik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.176909 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list