View: 2991|Reply: 8
|
Tanpa Bahan Pengawet, Sos Tiram Homemade Tetap Menyelerakan!
[Copy link]
|
|
Bagi anda yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat, makanan seperti sos cili, tomato, kicap dan juga sos tiram tak dinafikan mengandungi bahan pengawet.
Ia juga mengandungi pewarna tiruan, tinggi kandungan garam dan pelbagai elemen kurang sihat. Namun, jika anda masih ingin menikmati sos tiram bagi menyedapkan masakan, jangan tak tahu anda boleh buat sendiri sos ini.
Bahan yang digunakan pula memang semuanya tanpa bahan awet dan kandungan garam serta gulanya pula boleh dikawal. Jom cuba, resipi sos tiram ini. Semoga membantu!
Cara-caranya:
1. Ambil air rebusan makanan laut contohnya udang, ketam, sotong dan sebagainya.
2. Air rebusan itu dimasak bersama gula perang.
3. Garam bukit secukup rasa.
4. Cili sedikit dan bawang putih mengikut citarasa.
5. Campur semua bahan sehingga sebati.
6. Pekatkan dengan tepung ubi kayu. Sekiranya tidak mahu pekat pun tidak mengapa.
7. Masukkan cuka buah sebagai pengawet supaya tahan lama.
8. Sejukkan dan simpan dalam botol kaca seperti botol sos biasa.
9. Simpan dalam peti sejuk. - CARI
Kredit resipi: Attuffahumairah
Foto: Carian Internet |
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak guna tiram ke? Hehe...sebab nama pun sos tiram kan... |
|
|
|
|
|
|
|
klu dah takde tiram, jadi sos seafood la..
bukan sos tiram.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah2. sodap ni jadi lauk. gmbar tu buat mleleh ayaq lioq |
|
|
|
|
|
|
|
Aah takda oyster dalam recipe. Kalau macam tu better beli je senang. I suka oyster sauce jenama Lee Kum Kee. Sedappp! |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ke?? Tapi mana triam? |
|
|
|
|
|
|
|
kena guna air rebusan tiram ler gitu
ye dak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|