CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15954|Reply: 53

Ketuat, Euw! Macam Mana Nak Hilangkannya?

[Copy link]
Post time 28-2-2017 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Anda pernah mengalami masalah kutil atau ketuat? Apa yang anda rasakan apabila mengalami masalah begini? Pasti sering berasa rendah diri terutama jika ia tumbuh pada permukaan yang mudah dilihat.


Memetik portal Lelaki Sihat, ketuat adalah sejenis virus dinamakan human papilomavirus yang menyebabkan ketumbuhan biji atau bintil daging kecil dan keras pada anggota atau tubuh.




Foto: Best Health and Beauty Tips





Jika terdapat ketulan daging kecil, keras dan kasar pada jari anda, itu merupakan ketuat biasa sementara ketulan daging berbentuk lebih halus yang tumbuh pada tapa kaki adalah ketuat plantar.




Foto: Mamalink




Foto: North Austin Foot & Ankle Institute




Selain itu, ketuat flat merupakan ketulan daging yang tumbuh pada permukaan tangan dan muka.




Foto: www.podoloog.net



Eee gelilah tengok ketuat! Tapi lagi haru kalau ketuat tu tumbuh pada anggota tubuh kita sendiri. Jadi cegahlah sebelum terlambat kerana ketuat juga boleh dijangkiti, tahu?

Ini cara mencegahnya:
1. Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain
2. Jaga kebersihan diri dengan baik dan teliti
3. Basuh dan keringkan tangan sekerap mungkin
4. Jangan berkaki ayam disekitar kolam renang




Foto: Carian Internet




Sekiranya anda terjangkiti virus ini, anda boleh merawatnya dengan mengambil ubat di farmasi dan mengikut arahan disediakan. Jika kurang yakin, dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor di klinik atau hospital. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 07:20 PM | Show all posts
akak guna laser je dulu.. kena rm 120.. mahal.. masa tu bukan guna duit akak.. jd murahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tau ketuat pun
boleh naik kat muka..

nauzubillah laa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketuat kat muka???
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ade ketuat kat jari. aku potong pakai pengepit kuku. sampai darah2. tp bila kering aku potog lagi  sampai ilang terus dah skang
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena kat kaki, bapak aku bg cuka getah. Kena rajin kopek pastu sapu cuka getah. Mmg pedih n berdarah2 sampai susah nk sembahyang. Tp lama2 hilang ketuat tu, mcm sketul kulit keras. Puas hati terus baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2017 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli ubt kt farmasi..kaler biru kot kotak dia..cpt baik
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 07:04 AM | Show all posts
nufarsa replied at 28-2-2017 10:28 PM
aku ade ketuat kat jari. aku potong pakai pengepit kuku. sampai darah2. tp bila kering aku potog lag ...

Sama macam aku gak.
Masa skolah rendah dulu penah dapat ketuat 2 kali.

Potong dengan pengepit kuku bahagian luar ketuat tu dulu.
Pastu tarik keluar core yg kat tengah sampai berdarah.
Sampai skarang dah xkena dah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 08:50 AM | Show all posts
dulu ada ketuat kat tapak tangan.. cuba petua orang2 tua.. bagi kucing jilat.. aku letak susu manis, suh kucing jilat.. beberapa kali gak.. Alhamdulillah hilang sendiri ketuat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 08:57 AM | Show all posts
nufarsa replied at 28-2-2017 10:28 PM
aku ade ketuat kat jari. aku potong pakai pengepit kuku. sampai darah2. tp bila kering aku potog lag ...

iols penah buat.

lepas tu darah meleleh2. eh timbul plk tempat lain, kecik2. alamak makin banyak plk!


lps tu iols kepit2 kat tempat2 tu.


lps tu dah x tumbuh dh ygg baru.

sakit oooo kepit  ngn pengepit kuku
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 08:58 AM | Show all posts
taji2906 replied at 1-3-2017 08:50 AM
dulu ada ketuat kat tapak tangan.. cuba petua orang2 tua.. bagi kucing jilat.. aku letak susu manis, ...

mjadi eh??
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 10:08 AM | Show all posts

Alhamdulillah menjadi.. tp buat byk kali gak la suh kucing jilat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:01 AM | Show all posts
taji2906 replied at 1-3-2017 10:08 AM
Alhamdulillah menjadi.. tp buat byk kali gak la suh kucing jilat tu..

kesian kucing kalau ketuat tumbuh kat lidah die pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:15 AM | Show all posts
Pakai corn cap plaster pun boleh hilang ketuat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:54 AM | Show all posts
2,3 kali da guna pengetip kuku buang. berdarah2 kat tapak ibu jari kaki pastu ade balik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 01:04 PM | Show all posts
topic lari dengan isi..
tajul macam mana nak hilangkan..
artikel macam mana nak mencegah

kalu sapa kena ketuat, gi jer farmasi beli plaster untuk ketuat..
ataupun satu lagi ubat yang cair, sapu je..
tak yah korek-korek sampai berdarah bagai..
lagi satu petua orang kampung, guna getah betik..
sapu kat ketuat biar kering..
lepas beberapa kali sapu tercabut la ketuat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 02:56 PM | Show all posts
Promote product le ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 05:25 PM | Show all posts
iols beli ubat kat farmasi nama Duofilm, macam kuitek pompuan sapu kat kuku tu..  cucuh bahagian berbulu kat ketuat, lama-lama gugur sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena masa kecik2 dulu kat tapak tangan..org kata terkena kencing katak... huhu! Siap berjangkit2..mmg guna pengetip kuku korek sampai berdarah2 tp susah gak nak baik sbb selagi ibu ketuat tu ada selagi tulah bertambah & tak baik2..

Last2 member suruh asapkan ubat nyamuk lingkaran tu kat ketuat sampai terasa asap tu masuk kat liang2 kulit jari tu..mmg pedih tp Alhamdulillah esok lusa terus baik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketuat kat kaki ni dok kopek2 kannn
Kengkadang bila pijak rasa x selesa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.701904 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list