View: 1122|Reply: 3
|
Isu Presiden FAP: Saya Tidak Akan Tunduk Kepada Desakan - Zairil Khir
[Copy link]
|
|
"Saya akan terus menerajui FAP sebagai Presiden, walaupun ada menerima pelbagai ugutan daripada kelab penyokong. Malah, ugutan ini juga diterima jurulatih dan beberapa pemain FAP."
Demikian keputusan yang diambil Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari hari ini berhubung desakan ke atas beliau untuk melepaskan jawatannya susulan aksi buruk pasukan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super, musim ini.
Tegas Zairil, beliau tidak akan tunduk dengan desakan penyokong skuad Harimau Kumbang dan sepatutnya memberi ruang dan peluang untuk memastikan FAP di bawah pimpinannya dapat menyerlahkan keupayaan pemain beraksi di padang.
Berhubung ugutan yang diterima FAP, Zairil memaklumkan dua laporan polis telah dibuat oleh pihaknya.
"Ugutan ini bukan hanya ditujukan kepada saya, sebaliknya ia membabitkan jurulatih dan beberapa pemain FAP. Lebih merunsingkan apabila kita turut menerima ugutan bunuh."
Tambahnya, selain bukti diserah secara terus kepada pihak polis, laporan itu dikemukakan FAP berdasarkan kandungan ugutan diterima. - CARI
sumber foto: www.thestar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Letak saja jawatan apek oii... aku tak sanggup lagi tengok harimau kumbang kena baham:... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pernah main bola ka |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 28-2-2017 11:48 PM
Dia pernah main bola ka
Dia ni main teluq boleh laa.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|