Bagi mereka yang gemar melancong pasti akan memilih lokasi yang mempunyai pemandangan indah dan kelihatan cantik untuk bergambar.
Tinggalkan sebentar tempat pelancongan yang 'cliche', apa kata luaskan lagi pemandangan anda dengan mengunjungi lokasi-lokasi pelik dan unik pula.
Jom tengok 6 lokasi paling rare dan pelik yang ada di Korea Selatan.
1. Sang Sang Gil, Changwon.
Tempat ini terkenal dengan kesenian dan kebudayaan Korea Selatan. Sang Sang Gil yang membawa maksud Jalan Imaginasi ini diispirasikan dari Walk of Fame di Holly wood, USA. Pengunjung boleh melihat nama-nama artis terkenal di Korea Selatan telah dipahatkan di jalan ini. Menarik kan?
Foto: www.imagineyourkorea.com
2. Seodaemun Prison Museum, Seoul.
Muzium ini pada asalnya adalah sebuah penjara yang dibina pada 1907. Pengunjung dapat merasai sendiri suasana berada dalam penjara sebenar semasa berjalan di dalamnya. Terdapat 7 sel penjara, dewan pameran sejarah, bilik hukuman, bilik seksaan, penjara bawah tanah, menara pemerhati di sini.
Foto: www.atlasobscura.com
3. Love Land, Jeju
Taman ini memang sangat unik dan hanya pengunjung berumur 20 tahun ke atas sahaja yang boleh memasukinya. Bertemakan seksualiti dan erotik, taman ini dipenuhi dengan patung lelaki dan wanita sedang 'bermesra'.
Foto: www.zimbio.com
Foto: www.windsorstar.com
4. Panmunjeom Joint Security Area, Gyeonggi-do
Tempat ini adalah lokasi pertemuan antara Korea Selatan dan Korea Utara untuk berunding tentang isu-isu berbangkit. Agak leceh untuk masuk ke dalamnya kerana perlu menandatangani dokumen, dan pemeriksaan latar belakang, namun sangat berbaloi untuk datang ke sini.
Foto: www.liefdeevoorreizen.nl
5. Haesindang Park, Samcheok
Pelbagai patung dan arca simbolik berbentuk kemaluan lelaki dibina di sini berdasarkan sebuah lagenda seorang wanita. Menurut kisahnya, wanita tersebut adalah seorang anak dara muda yang bakal berkahwin namun telah mati lemas di pantai.
Foto: metro.co.uk
6. Toilet Theme Park, Suwon
Taman ini adalah yang paling pelik pernah ada di dunia kerana bertemakan tandas. Terdapat banyak patung sedang membuang air besar dapat dilihat di sini. Seluruh taman sesak dengan budaya tanas dari seluruh dunia.
Foto: www.acidcow.com
Bila melihat destinasi yang disenaraikan, mana satu agaknya paling anda gemari? -CARI |