Apalah ertinya menjadi seorang wanita kalau tidak mempunyai peralatan dan alat solek yang membantu menyerlahkan lagi keanggunanmu bukan?
Namun, pasti ramai yang berdepan dengan masalah untuk mengemas dan menyimpan alatan solek agar tersusun, kemas dan menarik. Ayuh, cuba salah satu cara di bawah, guna bahan-bahan terpakai sahaja.
1. Gunakan sahaja bekas plastik besar seperti ini. Boleh masukkan seberapa banyak pun alatan solek yang anda ada.
Foto: sophiesdish.wordpress.com
2. Jangan pandang rendah dengan rak gantung seperti ini. Walaupun asalnya untuk meletakkan kasut, tapi sekarang boleh diubah untuk menyimpan alat solek ya!
Foto:www.meltyfashion.fr
3. Baldi mini ini bukan sahaja cantik, tapi sangat elok dimanfaatkan untuk mengisi berus solekan dan celak anda. Gantungkan sahaja di dinding-dinding bilik.
Foto: girlterest.com
4. Wah, yang ini memang luar biasa. Rupanya bekas ais batu juga boleh digunakan untuk mengisi koleksi pembayang mata atau alat solekan yang kecil.
Foto: Pinterest
5. Selalunya kita buang sahaja gulungan tisu, tapi kali ini jadi lebih kreatif dengan mengitarnya semula menjadi hiasan dinding. Letakkan koleksi gincu anda di ruangan itu.
Foto interest
6. Kadang-kadang bekas kaca yang diperolehi dari kenduri boleh dikitar semula menjadi seperti ini. Nampak kemas dan menarik kan? Bekas ini juga senang diperolehi di kedai-kedai.
Foto: www.diynetwork.com
7. Siapa pernah beli sikat bersaiz jumbo? Jangan terkejut ya sebab ia juga boleh diubah menjadi rak. Cucukkan sahaja alatan solek di atasnya.
Foto: www.homedit.com
Semuanya nampak menarik bukan? Jadi bagaimana, sudah dapat tentukan nak buat yang mana atau tidak selepas melihat idea-idea di atas? -CARI |