Ketika ramai yang menyambut baik kemenangan besar penyanyi Adele dalam anugerah Grammy baru-baru ini, berbeza pula dengan diva tersohor Mariah Carey.
Dalam satu temubual bersama WGN TV, pelantun lagu Fantasy itu ditanya apakah pendapatnya tentang Grammy tahun ini yang baru sahaja berlangsung.
Siapa sangka Mariah yang juga pemenang anugerah Grammy sebanyak 5 kali itu mengucapkan jawapan yang dianggap begitu 'liar' dan berani.
"Anda fikir saya tonton program itu? Ia program yang sangat bosan dan boleh dijangka (pemenang)," itulah jawapan yang diberikan.
Menyelak kembali lembaran sejarah Mariah dan juga Grammy, sebenarnya dia memang wajar berkata demikian.
Mariah berkata majlis anugerah tertinggi muzik itu pernah mengecewakannya apabila dia memiliki lagu nombor satu untuk sepanjang tahun namun hanya tangan kosong diberikan!
Mariah merujuk kepada zaman kegemilangannya bila mendapat 6 nominasi untuk lagu Fantasy, One Sweet Day dan Always Be My Baby namun tiada satu pun penghargaan yang diberikan.
"Saya tak berasa marah, tapi keliru mengapa waktu itu lagu popular tidak diberi peluang, namun kini anugerah itu sendiri sudah berubah trend memilih populariti?"
Untuk rekod, sepanjang karier Mariah selama 27 tahun, dia mendapat 34 kali nominasi dan cuma 5 kali kemenangan. Berbanding artis lain seperti Beyonce 22 kali kemenangan dan Adele 15 kali.
Oleh itu, memang patut pun Mariah 'melahar' Grammy, bukan? - CARI
Post time 21-2-2017 07:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Somehow I kinda agree with Kak Mimi on this I used to enjoy watching and feeling so excited to watch Grammy each year but now like she said it is somehow predictable..
Post time 21-2-2017 08:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Selayaknya sheol berkata begitu.. For me kak yah ni is one of tbe greatest female vocalist in the world.. Iols merujuk pd zaman kegemilangan sheols dulu.. Nyanyi live effortless ok. Low note sheols antara yg terbaik iols pernah dgr. Smooth n kemas dgn suara raspy nya.. High note plak lemak berkrim gitu.. Kalo sheols tarik puas gitu dengar.. Skrg vokal sheols dh hazab. Dh tua dik non haruslah manjang miming..
Post time 21-2-2017 09:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Meols setuju ngan kak yah... lagu2 sheols zaman 90s bukan takat best jek.. popular gitu.. klu ikut trend grammy mcm sekarang, selayaknya sheols dah kumpul berpuluh grammy kat rumah
Post time 22-2-2017 05:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak juga sbb dia x pnh kritik grammy smpi dia betul2 di tahap legend skrg dan achieve mcm2 record breaking...jgn lupa dia artis solo with most no1s song pecah rekod elvis, 2x dpt song of decade dan jualan album retid wanita plg laris sepanjang zaman...dh achive mcm2 ni mmg layak.la kan dia kritik grammy? Dia bkn level nora ye :p
Post time 22-2-2017 05:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Siapa yg ckp td celine is better, ha silakan je. Jgn lupa celine pun ratu miming sbnr ye...bezanya dia bila live dan miming mmg takda beza...mariah pula bila lipsync mmg obvious sbb tone dia very special susah nak sama dlm mana2 persembahan...suah nk explain...live and studio version dia mmg lain...teksture suara dia mmg special and yet fragile sgt... and celine lg bagus? Ye silakan je ckp camtu yg penting mariah mmg wrote all her song sendiri tak perlu minta dgn org lain....itu saja dh bezakan dia dgn penyanyi popular lain.....n jgm lupa mariah inspires most of popular female singer nowadays: beyonce, adele, britney, christina, leona, kelly clarkson, ariana gramde etc. Ada ke yg inspired dgn celine :p
zaman dlu muzik bagus2, sejak kebelakangan ni hampir semua lagu yang kuar hauk tarap longkang. xpe la kak, akak menang bermaruah gitu, sekarang ni bkn leh caya sangat, ntah2 beli je award2 tu.