CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5334|Reply: 27

[Dunia] Drama dah start : Korea Utara tolak post mortem Jong Nam

[Copy link]
Post time 18-2-2017 07:22 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Korea Utara akan menolak sebarang hasil bedah siasat ke atas mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam, yang dilakukan di sini."Pihak berkuasa Malaysia melakukan bedah siasat tanpa kebenaran dan kehadiran kami. Kami akan menolak hasil bedah siasat yang dilakukan secara sebelah pihak yang mana kami tidak hadir," kata Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol kepada wartawan di luar Institut Perubatan Forensik Negara, di sini malam ini.Ini adalah kenyataan rasmi pertama dikeluarkan oleh pihak Korea Utara sejak pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu."Hari ini saya bertemu pegawai tinggi polis Malaysia dan meminta supaya segera serahkan mayat kepada kami, tetapi beliau menolak," kata duta itu dalam transkrip berbahasa Inggeris yang diedarkan kepada media oleh pegawai beliau.Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat dilaporkan berkata keluarga diberi keutamaan untuk menuntut mayat Jong-nam. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/249710?m=1

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2017 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu korang yg arah bunuh heshe kat msia, lantakla kiteorg nak autopsy nak bg mayat dia kat keluarga ke, bongok je korea utara ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 07:31 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 18-2-2017 07:24 AM
Dah tu korang yg arah bunuh heshe kat msia, lantakla kiteorg nak autopsy nak bg mayat dia kat keluar ...

sbb mangsa sebenarnya pegang passport diplomatik ada kekebalan diplomatik yg xboleh disentuh mana mana negara hos
dan sbg post mortem dilakukan secara unilaterral

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik..nak tahu detail lg apa north korea ni nk buat lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 18-2-2017 07:31 AM
sbb mangsa sebenarnya pegang passport diplomatik ada kekebalan diplomatik yg xboleh disentuh mana  ...

Menurut Vienna Convention on Diplomatic Relations, tidak semua pemegang passport diplomatik berhak mendapat kekebalan rerutama kalau dia bukan diplomat yg diakreditasi ke host country. Pemegang yg merupakan pegawai diplomat kedutaan atau konsular pun menikmati kekebalan peringkat berbeza2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Npe lh bunuh die kt msia..bunuh la kt negara laen..tk psl2 bnde nie jd isu..dr kes kapal terbang kna tembak..hilang..now kes ni smua msia..spore thai aman2 ja..mode bingung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2017 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
diplomat kejadahnya ,Bukan dia LR dari nugara nya.nyorok di China and Macau?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 08:28 AM | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 18-2-2017 08:20 AM
diplomat kejadahnya ,Bukan dia LR dari nugara nya.nyorok di China and Macau?

passport yg dia guna pakai...passport diplomatik menurut jurucakap kedutaan korea utara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2017 08:33 AM | Show all posts
kegagalan intel China untuk protect "plan B" mereka untuk North Korea??



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:37 AM | Show all posts
macamana N.Korea tau dia pakai passport diplomatic level tinggi? mereka dah piii tengok ke passport yg dia bawa tu?? bukan passport pakai nama lain ke??

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 18-2-2017 08:42 AM

Takut laa tu,kalo buat bedah siasat, secara detail akan dcari punca kematian...
Dah mati mgejutkan,kena laa ikut undang2 stiap negara...bengong laa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 08:39 AM | Show all posts
dcruins replied at 18-2-2017 08:37 AM
macamana N.Korea tau dia pakai passport diplomatic level tinggi? mereka dah piii tengok ke passport  ...

wakil kedutaan NK ada bagi press release stetmen boleh tengokn kat fesbuk shah paskal piramid moloyu


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:42 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 18-2-2017 08:39 AM
wakil kedutaan NK ada bagi press release stetmen boleh tengokn kat fesbuk shah paskal piramid molo ...

tuuu kata belah pihak NK, mereka dah piii hantar wakil ke tengok passport jenis apa yg dibawa si mati? bukan passport tu guna nama lain ke??? harap2 ada yg dapat jelas kan passport apa yg dibawa si mati....

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:44 AM | Show all posts
Mati kat Malaysia... suspek lak warga indon.
Sah2 la kedua2 negara ni senang nak makan..

Yg satu lg asyik dgn melayu sana, melayu sini. Negara kita masih aman... bla. bla
Yg satu lg lak sentiasa perasan MENDUNIA...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:46 AM | Show all posts
Kalau pihak NK tak nak bagi sampel DNA untuk pengesahan, mungkin boleh minta pihak China yg khabar nyerrr melindungi anak2 si mati ni untuk guna sampel dari mereka, tak pasti dimana anak2 si mati ni berada sekarang, khabar nyerrr kat luar negara belajar ke atau apa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 09:01 AM | Show all posts
Edited by dcruins at 18-2-2017 09:08 AM

Nampak nyerrr pihak China kena hati2 lagi untuk elak kejadian sama berlaku dengan anak2 Kim Jong Nam pulak, dah laaa " Plan B regime change " mereka dah kena titik kat M'sia, mungkin intel China terlepas pandang strategi out of the box yg jadi kat Jong Nam ni....

berapa kerat laaaa kat M'sia ni yg kenal bro Kim Jong Un ni, sampai tak sedar pun dia pi melawat kat sini,laporan awal pun kata dia guna passport nama lain, bukan perkara baru pun si Jong Nam ni pakai passport nama lain masuk negara lain...

---------------------

Kim Jong Nam's second wife and two children 'under Chinese protection': South Korean media

Feb 16, 2017, 7:41 pm SGT


http://www.straitstimes.com/asia/east-asia/kim-jong-nams-second-wife-and-two-children-under-chinese-protection-south-korean
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2017 09:17 AM | Show all posts
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat dilaporkan berkata keluarga diberi keutamaan untuk menuntut mayat Jong-nam.
harap jangan goyang lah.... goyang telur takpe....



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 18-2-2017 08:28 AM
passport yg dia guna pakai...passport diplomatik menurut jurucakap kedutaan korea utara

Passport diplomatik tak semestinya diplomat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 09:38 AM | Show all posts
harap semua selesai secara berhemah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 10:17 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 18-2-2017 09:20 AM
Passport diplomatik tak semestinya diplomat.

betul... xsmeestinya diplomat..atache tentera pun dpt gak kan

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.131189 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list