CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4210|Reply: 50

[Jenayah] Salah guna kuasa : 50 projek bernilai hampir RM1 juta kepada company isteri

[Copy link]
Post time 16-2-2017 12:26 PM | Show all posts |Read mode
16 Februari 2017





PUTRAJAYA - Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan hari ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukannya untuk memberikan lebih 50 projek bernilai hampir RM1 juta kepada dua syarikat milik isterinya.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek berusia 62 tahun itu sehingga 22 Februari.

Lelaki itu yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.40 pagi dan akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek ditangkap menerusi satu operasi yang dilancarkan SPRM pada jam 11 pagi semalam, di Selangor.

Di luar mahkamah, SPRM memberitahu media bahawa suspek yang ditangkap di pejabatnya berhubung kes menyalahgunakan kedudukannya sejak memegang jawatan sebagai timbalan pengurus besar di agensi kerajaan itu dari tahun 2014 hingga 2016, sebelum dilantik sebagai pengurus besar pada September tahun lepas.

Turut ditangkap dalam operasi tersebut ialah isterinya yang berusia 38 tahun, bagaimanapun wanita itu dibebaskan selepas percakapannya dirakam oleh SPRM berhubung siasatan kes tersebut petang semalam.

SPRM berkata, pihaknya telah merampas beberapa dokumen-dokumen yang melibatkan pemberian kerja-kerja kepada syarikat isteri beliau untuk tujuan siasatan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mudanyaa bini beliau
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 12:51 PM | Show all posts
50 projek bernilai satu juta..

akak syak ni projek supply alat tulis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 12:53 PM | Show all posts
sape lagi nak tolong kompeni bini kalau bukan suami..ye x?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 12:57 PM | Show all posts
semua nak mengkayakan kroni sendiri..ye la kan projek satu juta..tp hasilnya yg rakyat dpt ntah2 bernilai seratus ribu pun x sampai..yg lain masuk perut sendiri

camni kutip gst sampai 50% pun tak akan maju malaysia nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 01:03 PM | Show all posts
Gigihnya sampai 50 projek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 01:41 PM | Show all posts
Bagusnya.Boleh discuss pasal project atas katil

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 01:53 PM | Show all posts
takpe...bole cuci dosa dgn omra dgn hajj...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
company rm2 si bini tu pon diwujudkan semata mata utk rembat projek agensi si laki kertu dia
tapi yg peliknya, takkan lepas rembat 50 projek baru ada yg perasan & ambik tindakan. patut masa rembat tak sampai 10 projek dah boleh kesan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 16-2-2017 12:57 PM
semua nak mengkayakan kroni sendiri..ye la kan projek satu juta..tp hasilnya yg rakyat dpt ntah2 ber ...

Jangan cakap seratus ribu, sesen pun x dapat  
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 02:12 PM | Show all posts
kayossss la deols...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bukan mengkayakan kroni, ni mengkayakan diri sendiri, sah2 la bini tu bg pinjam nama je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahodi mabok mane yg terlepas masok Malaya neh? Tak habis2 mengganggu gugat ekonomi org Islam
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 04:01 PM | Show all posts
mesti ramai lagi mcm ni. cari lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 16-2-2017 01:41 PM
Bagusnya.Boleh discuss pasal project atas katil

....sambil ramas-meramas.    
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 16-2-2017 01:53 PM
takpe...bole cuci dosa dgn omra dgn hajj...

Terus menjadi suci-murni serupa bayi baru dilahirkan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 04:10 PM | Show all posts
habislah pasni...
tp kat kompeni aku lama buat dh..
satu dua kes jekle yg npk..
yg xnampak xtau cmne dienye kroni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 04:13 PM | Show all posts
dlm dok buat keje xbaik tu pun boleh naik pangkat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 16-2-2017 02:04 PM
company rm2 si bini tu pon diwujudkan semata mata utk rembat projek agensi si laki kertu dia
tapi y ...

biasala tu. adala org dlm lain yg x puas hati yg report (maybe company dia x dpt projek tu). lain kali jgn makan sengsorang, bagi2 la kalau x nak kena mcm ni. kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 06:24 PM | Show all posts
tentu ini binik nombol empat pak cik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.316059 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list