CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3895|Reply: 33

[Tempatan] Perniagaan online bunuh perniagaan konvensional?

[Copy link]
Post time 15-2-2017 12:49 PM | Show all posts |Read mode

ATIRAH HASLI
15 Februari 2017
Sinar harian





KEMAJUAN teknologi banyak mengubah gaya hidup masa kini. Dunia perniagaan juga menerima tempiasnya.

Ramai peniaga mengeluh kerana pembeli lebih gemar membeli secara 'online' (atas talian) berbanding perniagaan konvensional sebelum ini.

Ia melibatkan banyak jenis perniagaan hingga membeli barang dapur pun pengguna sudah memilih pembelian secara atas talian.

Apa akan jadi dengan nasib peniaga yang kekal dengan cara lama dan belum bersedia berubah? Adakah perniagaan mereka akan mati hanya kerana kecanggihan teknologi ini?

Semua ini akan dibincangkan dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-44 yang akan berlangsung hari ini di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan tajuk ‘Perniagaan 'Online' Bunuh Perniagaan Konvensional'

Wacana ilmu yang bermula jam 2.45 petang ini akan membawakan beberapa orang panel terkemuka, antaranya adalah Pengarah Urusan Sifubads Sdn Bhd, Sifu Jamal (Jamaluddin Bahari), Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Zawara Sdn Bhd, Kamarul Arif dan Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Hassan Saad.

Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 01:37 PM | Show all posts
ni ciri2 nak lariskan kelas online marketing je..  ekonomi sendu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 01:41 PM | Show all posts
la... buatla konvesional + online.
Yg dok beli kat kedai, beli kat kedai. Online sbg tambahan.
Byk shop yg buat mcm nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg akan bunuh konventional....tapi di malaysia lain...ramai masih suka pi shoppingmall utk menikmati aircond...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 05:07 PM | Show all posts
biasa biasakan lah diri...skg semua akan jadi online...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 05:15 PM | Show all posts
Bergeraklah menuju mengikut peredaran zaman. Tak payah nak mengeluh bagai kalau ramai yg beli online. Hidup harus ke hadapan. Embrace change!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2017 09:44 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-2-2017 09:37 AM
ni ciri2 nak lariskan kelas online marketing je..  ekonomi sendu...

Capt Kamarul Ariff tu was with me dulu kat Etihad, dia balik joined AAX and now concentrate kat Zawara dia.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:10 PM | Show all posts
kelana36 replied at 15-2-2017 09:44 PM
Capt Kamarul Ariff tu was with me dulu kat Etihad, dia balik joined AAX and now concentrate kat Za ...

lah dia ke? founder zawara? rasanya dia sekarang buat private tour KL dengan small private jet dengan business F&B..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 11:13 PM | Show all posts
Edited by kelana36 at 15-2-2017 07:19 PM

https://www.facebook.com/KlAirSafari/videos/223754871383004/
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:18 PM | Show all posts
MT kills GT ... LC kills IS
IKA kills LC...
Online business kills MT, IKA, LC, IS and GT


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:46 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-2-2017 10:10 PM
lah dia ke? founder zawara?  rasanya dia sekarang buat private tour KL dengan small private  ...

Zawara butik bangi = sendu sesendu sendu nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:48 PM | Show all posts
saya bayar rm5k utk ikutikelas iklan adwords ............ duduk atas kerusi plastik .. kelas memang intensif ... bagus la ... tapi ... kesian acik2 macam saya .. bayar punyalah mahal .. duduk atas kerusi plastik dari awal pagi sampai lewat malam selama 5 hari ....

sipu sipu iklan fb ads .. adwords .. copywriting ni .. emmang buat $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 15-2-2017 11:48 PM
saya bayar rm5k utk ikutikelas iklan adwords ............ duduk atas kerusi plastik .. kelas memang  ...

Adwords tu.contohnya mcm mana sis?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 15-2-2017 01:41 PM
la... buatla konvesional + online.
Yg dok beli kat kedai, beli kat kedai. Online sbg tambahan.
By ...

Kebanyakan yg jual tudung borong online tu adalah peniaga offline jugakk....

Pepandailah nk hidup...klu tak pandai sesuaikn diri, alamat mereput lah dlm dunia yg serba pantas skrg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 01:02 AM | Show all posts


Aii pulak kalau nak beli baju bajan aii suka pergi kedai - boleh test boleh tengok mutu kain. Kalau kedai tak ada size or warna yang aii minat baru aii order online.

Kalau baju anak, mainan, bahan bahan birthday, buku buku memang beli online. Sebab ada free shipping, ada discount penghantaran pun cuma ambil masa 3 hari. Senang dan mudah.



Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 01:03 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 15-2-2017 07:48 AM
saya bayar rm5k utk ikutikelas iklan adwords ............ duduk atas kerusi plastik .. kelas memang  ...


Kang bagi kerusi empuk mau tertidur pulak perserta :-)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 10:50 AM | Show all posts
ohnoLia replied at 15-2-2017 11:54 PM
Adwords tu.contohnya mcm mana sis?


Cth:

Bial u serach kat Google for Produk A, kalau ada syarikat buat iklanpasal produk A guan Google Ads .. iklan dia akan keluar la kat bahagian atasa atau bahagian bawah atau tepi kat page tu ....

kalau yg jenis iklan image ...  contohnya yang ypu all nampakkat cari ni ke atau yang lain2 tu ... iklan2 yg mengekor ypua ll tuy .. dari adwords lah tu antaranya

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:52 AM | Show all posts
DARSITA replied at 16-2-2017 01:03 AM
Kang bagi kerusi empuk mau tertidur pulak perserta :-)



hehee .. tak yah empok sangat ... cukup lah yang selesa ..... kannnn

sampais ekarangbadans aya sakit2 lagi ..  jumaat sabtu ahad ni ada kelas lagi .... sampai kul 10 maalm .. rasa macam dah tak nak pi .. huuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 16-2-2017 10:50 AM
Cth:

Bial u serach kat Google for Produk A, kalau ada syarikat buat iklanpasal produk A guan ...

Ooooo.

Sis ada tips utk apply google adsense tak?

My colleague yg dah setahun berblogging asyik kena reject je.. application derg    .

Asyik insufficient content katanya. Padhal dah berjujuh artikel kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:39 AM | Show all posts
prefer keluar and beli kat kedai..
maklum la acik purba..
nak pegang nak telek nak try bagi puas hati baru beli..
kalu malas sangat baru beli online..
nasib baik so far beli online tak pernah kena tipu ke apa..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.085366 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list