CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16965|Reply: 126

Murung selepas berpisah - cat farish

[Copy link]
Post time 15-2-2017 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai tidak tahu penyanyi Cat Farish mengalami kemurungan selepas bercerai dengan suri hidupnya, Hartini Ramly pada April tahun lalu.
Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan Ramli berkata, empat bulan dia menyendiri, termenung dan diselubungi perasaan rindu.
“Sejujurnya saya tak menyangka mengapa jadi begini. Selepas bercerai boleh dikatakan setiap masa terbit rasa rindu mendalam terhadap anak-anak dan bekas isteri sehingga saya memilih untuk menyendiri.
“Ketika itu macam-macam bermain di fikiran. Malah saya berada dalam keadaan yang tak terurus. Seakan-akan tidak percaya perkahwinan yang dibina selama 10 tahun akhirnya musnah.
“Melihatkan keadaan saya yang teruk, mak tak membiarkan saya tinggal seorang diri. Dia bimbang saya melakukan sesuatu yang membahayakan diri,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, Cat yang juga bekas anggota kumpulan The Fabulous Cats turut berdepan masalah kewangan.
“Saya tak malu mengakui perkara ini. Saya termenung mengenangkan nasib diri. Sehinggakan bekas mak mentua memberikan saya duit. Betapa teruknya keadaan saya selepas bercerai.
“Namun segalanya berubah selepas saya ditegur pengarah Jinggo ketika menjalani penggambaran drama Misteri Wan Peah. Dia meminta saya berubah seperti yang dia kenal dulu.
“Sejak itu saya belajar menerima takdir dan mula berubah. Alhamdulillah orang sekeliling juga banyak membantu memberi nasihat terutamanya Eddie. Memandangkan dia pun pernah melalui pengalaman sama, jadi dia banyak berkongsi pengalamannya itu,” katanya.
Menurut Cat, tiga anaknya kini berada di bawah jagaan bekas isteri manakala Cat bersama mereka pada hujung minggu.
Disebabkan itu, Cat pernah merancang untuk rujuk semula namun gagal.
“April ini genap setahun saya bercerai. Tipu kalau saya sudah melupakan peristiwa itu. Tempoh 10 tahun perkahwinan bukannya singkat. Banyak perkara kami lalui bersama. Paling saya rindukan adalah suasana kekeluargaan itu. Saya juga rindukan detik ketika bercuti bersama-sama.
“Saya pernah menyatakan hasrat kepada mak mentua untuk rujuk semula. Malangnya perancangan itu tak berjalan dengan baik. Selepas bercerai baru saya sedar kawan yang banyak merosakkan hubungan kami. Mereka mengeruhkan lagi keadaan dengan menghasut bekas isteri.
“Tapi tak mengapa kerana setiap hari saya belajar sesuatu yang baru. Saya menganggap ini sebagai pengalaman. Sekarang saya sudah boleh meneruskan kehidupan baru,” katanya.
Bergerak solo
Berkongsi perihal karier, Cat kini muncul dengan single baru berjudul Seram Dik Seram yang juga lagu tema drama Misteri Wan Peah yang mula bersiaran sejak kelmarin di TV3.
Lagu ciptaan Cat dan lirik oleh Eddie Ghiller, bekas anggota kumpulan Tiga Swagger itu adalah permulaan kepada kerjaya solo Cat yang turut mendapat sokongan syarikat Laila Kudap Kudap.
“Tahun ini saya bergerak secara solo dengan membawa imej baru. Alhamdulillah, syarikat Laila Kudap Kudap membuka laluan dan banyak memberi sokongan.
“Malah mereka juga yang membantu saya menjana pendapatan,” katanya.
Selain itu, Cat turut memberitahu dia kini bekerja dengan syarikat milik Ahmad Idham iaitu Ahmad Idham Film Academy (AIFA).
Pembabitan Cat adalah sebagai penasihat muzik bagi lagu tema filem yang diterbitkan AIFA.
Perkembangan lain, Cat kini dalam proses menghasilkan album The Fabulous Cats Farish X yang membabitkan kerjasama dengan bekas anggota kumpulan itu.
“Antara bekas anggota yang bersetuju terbabit dalam projek ini ialah Adib, Farhana, Wangi dan Afif. Saya masih lagi menunggu jawapan daripada Datin Alyah dan Zizi. Lagu sudah ada, tinggal lagi nak rakam.
“Selain itu, album ini turut memuatkan lagu tema filem yang tidak pernah diterbitkan dalam album sebelum ini. Insya-Allah album ini akan siap sepenuhnya sebelum pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM).
“Menariknya, album ini diterbitkan di bawah syarikat Laila Kudap Kudap. Kami juga bakal mengadakan siri jelajah di seluruh negara. Semua ini adalah hadiah buat peminat selepas lima tahun saya tak muncul dengan lagu baru,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 11:12 AM | Show all posts
kawan2 hasut bekas isteri?


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:19 AM | Show all posts
kalo rumahtangga tu xyah la cite ngn kawan2.. kawan2 ni xsume ikhlas...kalo ade masalah..better bincang settle sndr..end up bila cerai..kawan2 tepuk tgn..mmg jilake kawan mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Laila kudap kudap? Tak menahan nama
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ooooo masih nak tegakkan dia xda salahla ni

yang salah kawan isteri

macamla isteri tu budak baru baligh takleh pikir baik buruk,
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:27 AM | Show all posts
tbh tgk dia ni teringat drama dan lagu sampah kt tv3 tu, cm cite married tp benci and so on
kemurungan aku tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2017 11:27 AM | Show all posts
nampak busuk sgt dia ni..beza ngan ex wife mmg nmpk wangi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 15-2-2017 11:25 AM
ooooo masih nak tegakkan dia xda salahla ni

yang salah kawan isteri

Some people dah umur 50+ pun masih senang terpengaruh dgn hasutan. It is possible bab hasut menghasut ni. Maybe u tak pernah lalui situasi menjadi mangsa hasutan org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn salahkn org lain.
Ngaku sala sndri.
Gila talak
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 15-2-2017 11:29 AM
Some people dah umur 50+ pun masih senang terpengaruh dgn hasutan. It is possible bab hasut mengha ...

memangla ada yg menghasut sy pun sentiasa dihasut tapi org yg dihasut ni ada akal jugak

beskas isteri dia takkan buat keputusan semata2 hasutan kawan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ExBini dia timbalan pendakwaraya kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 15-2-2017 11:32 AM
memangla ada yg menghasut sy pun sentiasa dihasut tapi org yg dihasut ni ada akal jugak

beskas  ...

Kan dulu dia pernah mengaku mmg salah dia bila berlaku cerai. Ini dia ckp nak rujuk tapi kawan2 hasut ex wife dia jgn rujuk.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:36 AM | Show all posts
laaa tak tahu pulak aku dia dah bercerai..ahahaahha..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:36 AM | Show all posts
bangkitlah dan berubah selagi masih hidup. ada mak, ada anak2 ada banyak sebab utk teruskan hidup kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:38 AM | Show all posts
ya ke murung???
npk ada kt ig kwn sorang mak jan
wlok je berparty cucuk langit hewhew
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:38 AM | Show all posts
iols rasa masalah kewangan punca derang bercerai...ex-wife dia kan lawyer...pnh terbaca yg cat ngaku wife dia byk support dr segi kewangan sbb dia dh x lebat job & business lingkup...maybe sbb tu la kot...apa pun hope cat dpt bangkit semula & jgn putus asa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 15-2-2017 11:35 AM
Kan dulu dia pernah mengaku mmg salah dia bila berlaku cerai. Ini dia ckp nak rujuk tapi kawan2 ha ...

yelah org perempuan fikir panjang

masak dah la tu dengan duda dia

insaf sekejap je

lepas rujuk xmustahil pun ulang balik salah lama

cycle lama, suami seronok dah xmurung isteri la menjeruk rasa semula
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:49 AM | Show all posts
dulu igt ada dlm satu cerita/majalah apa, dia tunjuk rumah dia..jenis banglo x silap..tp memang besar la..kira dia ni lepas ngan fabulous cat mmg byk job n berharta..nampak hepi ngan family..x sangka kecundang jugak..xde dgr lak dia bergosipan dgn sape2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:52 AM | Show all posts
myariesa replied at 15-2-2017 03:35 AM
ExBini dia timbalan pendakwaraya kan

Sheols peguam kanan persekutuan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ngan ex dia mcm langit ngan bumi...ex dia bukan anak org kaya ke? Dia ni cam busuk x berduit je haruslah ex dia xmo..kang membela biawak hidup. Baguslah move on....amik iktibar lah.lelaki ni kena keja kuat dan ke ingat diri dah kertu kubur kata mai lai lai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.064555 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list