14 Februaru 2017 LUMUT – Sembilan anggota komando 69 dari Kem Ulu Kinta cedera dan melecur dalam kejadian letupan sebuah bot tempur di Jeti Marin, Kampung Acheh dekat Manjung, kira-kira 100 kilometer dari sini semalam. Semasa kejadian pada pukul 9.30 pagi, sembilan anggota komando tersebut sedang menjalani latihan mengendalikan bot tempur berkenaan. Bagaimanapun, bot tempur yang cuba dihidupkan itu tiba-tiba meletup menyebabkan kesemua anggota komando yang berada di dalam bot itu tercampak ke laut dan tercampak ke atas bot tempur lain. Dua anggota komando ter-babit mengalami kecederaan parah dengan salah seorang cedera di dada manakala sebelah kakinya patah. Kedua-dua mangsa itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Tujuh lagi anggota komando cedera ringan dan mereka dirawat di Hospital Seri Manjung. Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, semasa kejadian, sembilan anggota polis itu sedang menjalani latihan rutin di pangkalan marin berkenaan. “Letupan itu berpunca daripada kerosakan enjin bot dan tiada bahan letupan lain yang terlibat dalam kejadian tersebut,” kata beliau di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4Ybr61Hrw
Hakcipta terpelihara
|