Amboi, celupar mulut awak dik! Kebiasaan orang ramai akan meminta yang baik-baik untuk diri sendiri dalam doa mereka. Tetapi tidak 'Budak WeChat' ini.
Bagaikan hilang pedoman, seorang pengguna aplikasi WeChat memuat naik status berupa sebuah doa menyatakan dia teringin mahu merasai pengalaman terbabit kemalangan.
"Ya Allah, teringin nak merasa terbabit kemalangan," tulisnya.
'Screenshot' status itu dikongsi pengguna akaun Facebook Persatuan Makcik Puaka dan memaparkan perbualan antara individu tersebut bersama seorang lagi pengguna aplikasi WeChat.
Menjawab komen mengenai hasratnya itu, individu berkenaan menjelaskan dalam masa dua hingga tiga hari, dia sering bermimpi dia akan mati.
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian gambar itu mengecam tindakannya yang berkata perkara bukan-bukan. Ada juga yang menyifatkannya tidak 'mengguna otak' sebelum melakukan sesuatu.
"Nanti tuhan makbulkan, kau pun 'exsidin' penuh parut sana sini baru kau nak ucap 'Alhamdulillah merasa juga', ya? Pakai otak sikit dik," tulis netizen.
Betul juga apa yang dikatakan netizen itu. Sebelum melakukan sesuatu itu, fikirlah dahulu akibat dari perbuatan kita itu. - CARI |