View: 3847|Reply: 21
|
5 Persiapan Penting Sebelum Pergi Bercuti
[Copy link]
|
|
Edited by easicircle at 31-1-2017 03:14 PM
Setiap orang pasti mengimpikan percutian yang tenang dan menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, demi merealisasikan percutian yang sempurna apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat persiapan awal atau semakan perjalan (Travel Checklist). Ayuh singkap beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum pergi bercuti.
Pasport dan Visa
Sebelum membuat tempahan penerbangan pastikan pasport anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh. Selain itu, anda juga perlu memastikan negara yang ingin anda kunjungi itu memerlukan anda untuk memohon sebarang visa kemasukan untuk ke negara tersebut ataupun tidak.
Insurans Perjalanan
Ramai yang sering mengabaikan insurans perjalanan kerana menganggap ianya hanya akan menambah kos percutian. Tahukah anda dengan membeli insurans perjalanan sebelum bercuti adalah suatu tindakan bijak demi melindungi anda sepanjang tempoh percutian? Antara manfaat perlindungan termasuk kehilangan bagasi, penangguhan penerbangan, kehilangan dokumen perjalanan dan juga perlindungan kos perubatan akibat kemalangan dan sakit. Berbelanja lebih untuk membeli insurans perjalanan demi menjamin ketenangan minda ketika bercuti adalah suatu tindakan yang bijak dan berbaloi. Ayuh, lindungi perjalanan anda di easicircle
Wang Tunai
Tidak semua tempat yang akan anda kunjungi menerima kad kredit. Jadi untuk langkah keselamatan lebih baik jika anda membawa lebihan wang. Jika anda risau perkara tidak diingini berlaku seperti kehilangan dompet atau dirompak anda boleh menyimpan wang tersebut di tempat penginapan.
Salinan Dokumen
Pastikan anda membuat salinan dokumen penting seperti pasport dan visa. Cara paling mudah dengan menyimpan semua salinan dokumen penting melalui email anda. Hal ini kerana untuk memastikan jika berlaku kehilangan pasport anda sudah mempunyai salinan yang membuktikan kesahihan kewarganegaraan anda.
Peralatan Untuk Alat Elektronik
Setiap negara mempunyai plug soket yang berbeza. Jadi perkara paling penting yang perlu anda bawa sebelum bercuti adalah plug unirversal. Hal ini, akan memudahkan anda untuk mengecas alat elektronik yang dibawa terutama sekali telefon bimbit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Check ptptn x blacklist |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha ya semak ptptn penting |
|
|
|
|
|
|
|
Check ptptn dan contact pegawai sekali. Selalu ada yang dekat website depa habaq tak blacklist tapi sampai imigresen kena tahan pasai tak tally dengan hq. Jadi better check both |
|
|
|
|
|
|
|
Yer betul itu salah satu untuk peminjam ptptn. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Yer betul!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dan jangan lupa sediakan amount yang cukup untuk settle kan outstanding so that boleh lepas imigresen. 
|
|
|
|
|
|
|
|
sila semak web imigrisen dulu yang penting |
|
|
|
|
|
|
|
pastu barulah piker apa barang nak bawak |
|
|
|
|
|
|
|
easicircle replied at 3-2-2017 04:30 PM
Setuju dan jangan lupa sediakan amount yang cukup untuk settle kan outstanding so that boleh lepas ...
Yassss thats it! |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa packing baju spender semuAzzz |
|
|
|
|
|
|
|
Semak imigresen betul.if x ptptipu takut psl income tax plakz.I mmg cuak setiap kalI nk lps imigresen.takut2.walaupun xde ape pn ngn income tax.lg 1 check passport expiry. |
|
|
|
|
|
|
|
psl duit tu kalau bole tuka la siap2.. ade member p iran dgn confident nk tuko duit kata sana tp x dpt sbb dieorg x accept RM..kad kredit visa lak x leh pakai sbb visa amerika punya. hmm mintak tlg embassy la jwbnye. |
|
|
|
|
|
|
|
Pokoknya check lah segala possibilty yang boleh melibatkan sekatan imigresen. Supaya perjalanan untuk bercuti tidak tergendala. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Most welcome 
|
|
|
|
|
|
|
|
Semak awal supaya boleh sediakan wang mencukupi jika perlu bayar segala tunggakan. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, hal macam ni lah kalau boleh perlu dielakkan supaya perjalanan kita tak tergendala kerana hal-hal yang sepatutnya boleh dielakkan jika membuat persiapan awal. Jadi lebih elok buat persiapan awal. Namun apapun pengalaman yang dilalui sangat berharga supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Thanks for sharing.  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|