Hanez Suraya Enggan Ulas Dakwaan Rumah Tangga Ada Masalah
Bermula dengan muatnaik gambar di Instagram seperti meluahkan perasaannya, Hanez Suraya
bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, lebih-lebih lagi ada yang mendakwa rumah tangganya kini sedang dilanda masalah. “Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka. Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri”
“Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah,” katanya kepada mStar Online, menjelaskan situasi rumah tangganya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurut Hanez, dia tidak mahu dan juga bimbang jika komen yang dikeluarkannya berhubung dakwaan berkenaan akan disalah anggap oleh sesetengah media sekaligus akan menimbulkan masalah lain pula. Malah pelakon itu kini mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.
Hanez kini yang sudah masuk empat bulan hamil berharap peminat mendoakan kesihatan dia dan juga bayinya menjelang hari kelahiran. Pastinya peminat akan sentiasa mendokan yang terbaik buat selebriti kesayangan mereka ini. (rtky/s)
|