CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6009|Reply: 29

Sayangkan Kereta Sangat, 'Datuk' Neraka Pukul Lunyai Budak Pemandu Lori

[Copy link]
Post time 20-1-2017 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Sifat belas kasihan sesama manusia nampaknya semakin pudar dalam jiwa masyarakat pada masa kini apabila lebih rela membiarkan nafsu amarah menguasai diri.


Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang pemandu lori telah dibelasah hingga lunyai gara-gara dia terlanggar sebuah kereta yang dipercayai milik orang kenamaan berstatus Datuk.

Foto: Facebook



Disebabkan tidak berpuas hati dengan insiden tersebut, lelaki yang dipercayai pemandu peribadi Datuk itu telah memukul, menendang dan menumbuk pemandu lori malang tersebut.


Video berdurasi 5 minit dan 39 saat itu jelas menunjukkan mangsa telah dipukul bertubi-tubi oleh lelaki berbaju hijau sebelum lebih ramai lagi datang melakukan perbuatan yang sama.





Menurut laporan dari Astro Awani, pemandu lori itu didakwa terlanggar kereta jenis Mercedes Benz seorang Datuk yang menyebabkan badan kenderaan itu tercalar dan pletnya tertanggal.


Semasa mangsa terbaring tidak bermaya selepas dibelasah termasuk diterajang berkali-kali di kepala, beberapa orang lelaki dirakam mengejar seorang lagi lelaki yang dipercayai rakan kepada mangsa.


Namun dia bernasib baik kerana berjaya meloloskan diri dan terlepas dari menerima nasib yang sama.




Foto: Facebook



Video tersebut dipercayai dirakam salah seorang penghuni sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang di Selangor.


Berikutan kejadian ini, rata-rata netizen meluahkan perasaan geram dengan perbuatan kejam tersebut dan mendesak supaya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.




Walau apa pun salah faham yang berlaku, bawalah berbincang dengan elok dahulu tanpa melibatkan sebarang pergaduhan ganas yang menyebabkan kecederaan. Bagaimana menurut anda? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dati keymark mana tunjuk gangster nih?? :
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
spt biasa rakyat msia akan berkokok di media sosial, pastu senyap.

bila la nk kuar tajuk berita 7 org bodygod dato mati ditembak dgn snipper dr jarak 200m
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:00 PM | Show all posts
alah netizen ni pun sembang je lebih, ingt dulu time myvi berlumba dekat duke smpai buat anak orang jadi yatim piatu?.

sembang kecang dalam fb, habuk pun tarak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:14 PM | Show all posts
betul tu, jenis sembang kencang ala2 keyboard warrior kat luar tak ramai kawan macam si manak

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 01:18 PM | Show all posts
Kes langgar langsi kot. Lepas langgar dia langsi pulak lagik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2017 01:41 PM | Show all posts
gangsternya....
takot akak........
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
hensem drebar lori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
So bila habang2 lori nak gi debik blk datuk takde telor ni? Kasi lenyek terus merc murah heols tu... perangai ngalahkan babi
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:20 PM | Show all posts
harap  sekor2 kena kutip..kasi ajar cukup2... paling kurang lenyek kaki yang sepak kepala tu sampai hancur.. biar merempat tepi jalan minta sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:26 PM | Show all posts
SEMBANG LEBIH.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:41 PM | Show all posts
kesiannya.. mentang org tu bawak lori jek.. sampai hati buat gtu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 04:26 PM | Show all posts
pecah muka tu kena pukul ,kenapa nak gunakan kekerasan??mentang2 dia driver lori je ko
pandang rendah,kurang hajar sgt tau!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 05:27 PM | Show all posts
manusia sekarang lebih binatang dari binatang
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 06:19 PM | Show all posts
alahai kesiannya ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati sgt kpd pemandu lori ni kena belasah sampai lembik dan terbaring oleh lahanat2 tu
Tonton berita TV9 pukul 8.00 pm tadi, KPN ada nyatakan seorang suspek telah di kenal pasti so cepat2 tangkap sekaligus jejak serta tangkap seberapa cepat lahanat2 yg lain
Jgn dok gebang aje nanti alih2 kes ni jadi senyap & terus tutup coz melibatkan org kenamaan lah sgtttt yg bertitle Datuk @ Dato'
Harap sgt nasib pemandu lori ni terbela serta ada NGO yg pantau perkembangan kes ini sehingga tertangkapnya kesemua lahanat2 tu serta di hadapkan ke muka pengadilan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak mati budak dreba lori tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 07:02 PM | Show all posts
Gila2 org ada pangkat la ni..datuk mana pulak..siasat smpai lubang cacing !
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk mana plak kali ni??
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
FARRAZOOL replied at 21-1-2017 08:42 PM
Datuk mana plak kali ni??

for sure bukan Dato Dr Boy Iman. Gangster sangat la bodyguard ni. konon kuasa besar sangat  :
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.239125 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list