|
Siapa yang tak tertawan dengan menu ayam bakar, kambing bakar dan juga kambing bakar. Cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia.
Jika anda mencari-cari 'port' menu bakar terbaik, bolehlah cuba di Fremo Lamb Grill & Chicken Grill, sebuah gerai yang terletak di tapak pasar tani Taman Yayasan Segamat.
Ya, jika anda berkunjung ke Johor bolehlah singgah sebentar. Antara yang menjadi kegemaran pelanggan di sini ialah kambing bakar lambak, ayam bakar lambak dan lambak famili.
Memetik ulasan daripada laman Malaysia Food Channel, kelainan yang diberikan ialah menggunakan daging kambing muda dan juga perapan bercitarasa Asia.
Terdapat juga menu lain seperti nasi lemak bersama ayam bakar, sizzling lamb grill, combo mix dan sebagainya.
Dari segi harganya jangan risau kerana sangat berpatutan. Lingkungan harga RM10 hingga RM20, anda bakal mendapat menu yang berkuantiti besar atau di sini dipanggil sebagai lambak! Memang menggiurkan.
Jom berikan pula ulasan anda jika pernah mencuba menu di gerai Fremo ini!- CARI
Alamat :
Tapak Pasar Tani Taman Yayasan Segamat, Johor
Masa Operasi :
05.00ptg - 11.00mlm
No Tel :
012-5522305 |
|