|
Tiga orang murid sekolah rendah diserang tiga ekor anjing bulldog, seorang daripada mereka dikatakan menemui ajal dan dua orang lagi cedera!
Menurut laporan Daily Mail, Selasa lalu (17hb Januari) sekitar jam 7.30 pagi, tiga murid yang berasal dari barat daya bandaraya Atlanta itu dikejar oleh tiga ekor anjing bulldog yang sedang mengamuk ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah.
sumber foto: Daily Mail
Dilaporkan budak lelaki yang maut digigit itu dikenali sebagai Logan Braatz, hanya berumur enam tahun.
Manakala budak perempuan yang cedera parah bernama Syria Sanders hanya berumur 5 tahun, dan kini masih mendapat rawatan di hospital.
Bagi seorang lagi yang hanya mengalami cedera ringan itu, kini telah dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat rawatan.
Difahamkan, polis yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan, dilaporkan telah menembak mati salah seekor anjing bulldog, manakala dua ekor lagi berjaya ditangkap.
Susulan itu, pemilik anjing, Cameron Tucker turut ditahan pihak polis, dan setakat ini punca sebenar tiga budak sekolah itu diserang anjing bulldog masih tidak diketahui lagi.- CARI
sumber foto: Daily Mail
sumber foto: Daily Mail
sumber foto: Daily Mail |
|