View: 6647|Reply: 37
|
Ini 5 Destinasi Dengan Kos Sara Hidup Terendah Di Dunia
[Copy link]
|
|
Sebelum anda memulakan perancangan percutian, pastinya anda mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kos sara hidup di lokasi percutian. Semakin murah kos sara hidup, semakin kurang pengeluaran wang diperlukan.
Menurut laporan The Economist Intelligence Unit baru-baru ini, hasil kajian menemukan kos sara hidup termasuklah harga makanan, minuman, pakaian, kelengkapan rumah tangga, keperluan peribadi, sewa penginapan, pengangkutan dan belanja rekreasi.
Menerusi kajian itu, lima bandar ini mungkin boleh menjadi destinasi percutian dalam bajet anda.
1. Lusaka, Zambia
Sumber foto: http://www.zambiatourism.com
Lusaka dinobatkan bandar dengan kos sara hidup termurah di dunia. Walaupun tidak ramai pelancong berkunjung ke negara itu, Zambia merupakan destinasi wajib jika anda merupakan pencinta haiwan liar.
Zambia merupakan kediaman bagi singa, zirafah, serta badak air Afrika.
2. Bengaluru, India
Bengaluru adalah kota kedua termurah di dunia dan merupakan bandar terbesar di India. Menurut Telegraph, umat Islam, Hindu dan Kristian hidup bersama dengan penduduk tempatan berketurunan Tamil dan Benggali.
3. Mumbai, India
Sumber foto: http://www.indianopedia.com
Terletak di barat laut Bengaluru, Mumbai juga pernah mengalami zaman pembaharuan Renaissance dan ia boleh dilihat melalui hasil seni dan seni bina bangunannya. Terdapat puluhan galeri seni yang dibuka untuk orang ramai di disitu.
4. Karachi, Pakistan
Karachi merupakan bandar terbesar di Pakistan selain merupakan pusat perindustrian dan perbankan.
Musim dingin menjadikan Karachi pilihan tepat untuk dikunjungi kerana suhu normal pada musim panas di situ sangat panas dan 'menyegat'.
Seperti tempat lain, Karachi juga ada ceritanya tersendiri dan anda boleh mempelajari sejarah dan budayanya di Muzium Negara Pakistan serta Akademi Kesenian.
5. Chennai, India
Sumber foto: Lonely Planet
Wah, nampaknya India sememangnya negara dengan kos sara hidup yang rendah, sekali gus menjadikan ia sebagai lokasi percutian terbaik bagi mereka yang menginginkan percutian bajet tetapi menarik. Chennai merupakan bandaraya metropolitan keempat terbesar di India.
Selain menawarkan keindahan pantainya, Chennai juga memiliki sejarahnya sendiri. Terdapat pelbagai lokasi bersejarah untuk dikunjungi.
Bagi yang sudah berpengalaman, pasti sudah tahu kos sara hidup adalah faktor penting dalam memilih destinasi percutian. Rancanglah percutian anda sebaiknya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal banyak india... habis kene rogol nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
India?????
Cukuplah sekali sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua kat India?? Tetiber teringat gambar orang berak tepi jalan...yuccckk |
|
|
|
|
|
|
|
India? Oh mai..tak pernah terlintas nak pegi situ. Pernah baca satu artikel pasal india ni negara terkotor didunia. Betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
teringin sangat nak pgi indiaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam semua negara tu, Zambia saja yg aku blh pilih nak pergi. India?? No thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah mengapa,xpernah terlintas nk g india or china..never on my bucket list..slalu dgr citer sape2 bcuti g india,they will suffer with problem such as food poisoning,bad odour environment,pick pocket n so on..tgk kt amazing race pun contestant byk yg say xkn dtg india lg..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Bersungguh i click bila tengok title. India rupanya. No thank you. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks but NO thankss.... baek cuti2 kat mesia |
|
|
|
|
|
|
|
India dan Pakistan expedted le tapi masih tak minat nak gi sana. As for Zambia menarik tapi mungkin kurang buat Malaysia atas faktor tambang flightnya. |
|
|
|
|
|
|
|
>pergi india nak save budget
>kena rogol
hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi bila tgk hdustan, rasa nak p india tu meluap sgt ...hhaahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
menarik resort dalam gambaq tu .. open air mandi dengan gajah
|
|
|
|
|
|
|
|
Film Hindustan pun shooting kat luar negara.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|