View: 20530|Reply: 120
|
Saya x sengaja bayar lewat.- Ziela Jalil
[Copy link]
|
|
Edited by LaksamanaBentan at 16-1-2017 08:40 PM
Kuala Lumpur: Penerbit drama popular, Datuk Ziela Jalil mengakui kesilapannya apabila terlambat membuat bayaran kepada beberapa pelakon telefilem terbitannya yang menjalani penggambaran di Cardiff, Wales seperti yang didakwa pelakon Hafeez Mikail, baru-baru ini.
Mengulas mengenainya Ziela berkata, semuanya berlaku secara tidak sengaja di mana mereka sepatutnya hanya menjalani satu penggambaran drama bersiri di negara itu, namun pada saat akhir terpaksa menjalani satu lagi penggambaran telefilem kerana masih mempunyai masa mencukupi di sana.
"Ketika itu saya sibuk untuk promosi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku di Malaysia dan saya serahkan kepada pengarah, Rahila menguruskannya di sana.
"Saya tidak tahu-menahu mengenai pengambilan mana-mana pelakon untuk telefilem berjudul Daffodil Lara itu kerana pembabitan Hafeez dilakukan oleh Rahila. Difahamkan, bagi mengurangkan kos mereka menggunakan pelakon yang sudah ada di sana,” katanya.
Ziela berkata, semua itu dibincangkan secara lisan tanpa sebarang hitam putih dan semua pelakon bersetuju dengan apa yang mereka bincangkan.
"Disebabkan penggambaran berlaku tanpa persediaan awal, saya memerlukan masa menguruskan hal-hal berkaitan dokumentasi terlebih dulu sebelum mengeluarkan bajet bagi melangsaikan semua bayaran pelakon dan kru.
"Selepas pulang ke Malaysia, perkara ini menjadi kecoh apabila Hafeez menyatakan dia tidak mendapat bayaran lakonan," katanya.
Ziela berkata, bayaran untuk drama bersiri sudah lama dibuat, tetapi untuk telefilem mereka perlu menunggu tawaran daripada stesen tv berikutan telefilem berkenaan belum lagi mendapat slot tayangan.
"Dalam pada sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaiku, saya terlupa menguruskan soal bayaran untuk telefilem berkenaan, namun Rahila sudah memaklumkan kepada Hafeez dan pelakon lain.
"Jadi, saya tidak faham kenapa Hafeez masih bising dan tidak puas hati. Saya sedar kesilapan datang daripada saya, namun perkara boleh dibawa berbincang dan bukan dengan cara dia bising-bising begini," katanya.
Berikutan kecewa dengan sikap Hafeez, penerbit produksi Pena Creative Sdn Bhd itu tidak berminat untuk mengambil pelakon berkenaan berlakon lagi dalam drama terbitannya pada masa akan datang.
“Sebenarnya saya tidak kenal yang mana satu Hafeez kerana sepanjang berada di Cardiff, semuanya adalah di bawah tanggungjawab Rahila.
“Apabila Hafeez bertindak begini, saya rasa kecewa namun tidak berdendam dengannya kerana faham dia mempertahankan haknya,”katanya.
Ziela berkata, dia sudah menjelaskan bayaran untuk Hafeez sebanyak RM4,000 dan akan melunaskan bayaran pelakon-pelakon lain juga.
"Saya juga mohon maaf dan anggap apa yang berlaku adalah pengajaran untuk saya supaya lebih peka dan berhati-hati dalam memilih pelakon untuk masa akan datang," katanya.
http://www.hmetro.com.my/node/197788
Makin sendula ko pasni dek |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
4k je berlakon drama kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Peka dan hati2 memilih pelakon? Org improve SOP patutnya |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal hafeez konon
hafeez pn motip bgtau media? tdesak nak pkao duit ke guane.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa budak ni? Tak pernah tengok pun sebelum ni. Pelakon tempelankah? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu cara nak upkan nama ke |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu tgk mmt ni berlakon antaranya banglo seksyen 2 |
|
|
|
|
|
|
|
drama brsiri ke apa erk..sikit gak if just rm4k ke mula2 dh byr depo..
tp dia bukan hero kan??
bkn selalu payment terms 90hari? ker depends? |
|
|
|
|
|
|
|
Ensem hafeez ni bg weols. Suka tgk telefilem yg die jdi badboy tu. Xigt la nme telefilem tu. Tp sbb die petit, xde aura nk jdi hero main. |
|
|
|
|
|
|
|
Daffodil lara???? Omg walau bunga daffodil sgt cantik..bila dicombine gitu terus jd pprt desa sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sape hafiz ni ?? |
|
|
|
|
|
|
|
qqOfficial replied at 16-1-2017 08:58 PM
ayat2 cliche forumers / achik2 kepamm...akan timbul selepas ini .... seperti???
1. "who are ...
meols mencari2 kat mana thread hafeez meroyan acik ziela x bayar lakonan dia
selalu cari kan cepat.. apsal xde thread pembuka .. alih2 ada thread jawapan balas |
|
|
|
|
|
|
|
dia berlakon pon bagus.. xde kayu.. kesian tak dpt dah twrn berlakon utk produksi ziela jalil.. mohon sis sheila ambk heshe berlakon lagi ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Da mmg betul Hafeez tu tak popular.. mmg la Ziela x kenal. Aku pun x kenal. Hafeez who? Kite beruntung la Ziela amek ko brlakon anto g Cardiff tgk tmpat org FOC hokeysss : |
|
|
|
|
|
|
|
qqOfficial replied at 16-1-2017 08:58 PM
ayat2 cliche forumers / achik2 kepamm...akan timbul selepas ini .... seperti???
1. "who are ...
trima ksh tlong ckpkan yg no.6 bg pihak aku...hihihihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
ini anak ikan @cemolot
cute gak dia ni khuens.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni memg x kayu lgsg la..cuma jenis genit kut..mgkin susah jd hero maco sado mcm pelakon kayu kayan yg bersepah skang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cm bersepah lak retis nama hafiz skg. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak fikir panjang kalau terus ke media, serupa meroyan kat media sosial lah, last2 sendiri tabur pasir kat periuk nasi sendiri. Kan bagus kalau bersabar sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|