CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4493|Reply: 35

[Tempatan] Insan lemah: Merajuk dengan emak, duda membakar diri di ladang sawit.

[Copy link]
Post time 16-1-2017 01:04 AM | Show all posts |Read mode



Quote:

KEADAAN kereta Proton Saga yang terbakar di sebuah ladang dekat Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, Batu Pahat. - Foto ihsan polis


KEADAAN kereta terbakar sepenuhnya. - Foto ihsan polis

BATU PAHAT: Mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam kereta di sebuah kebun sawit di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang tadi, rangka lelaki itu ditemui orang ramai sebelum melaporkannya polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata mangsa dikenali sebagai Ting Ching King, 60, seorang duda anak satu.

Katanya, lokasi kejadian adalah dalam kawasan kebun sawit iaitu kira-kira lima kilometer dari Jalan Yong Peng-Ayer Hitam.

"Mangsa dijumpai terbaring dalam kereta jenis Proton Saga dengan kedudukan di tempat pemandu dan rentung.

"Keadaan kereta terbakar sepenuhnya dan siasatan awal mendapati kereta dalam keadaan pintu berkunci dan cermin dalam keadaan tertutup namun keseluruhan cermin sudah terbakar dan cair.

"Pintu kereta dalam keadaan berkunci, manakala brek tangan dalam keadaan terangkat dan dijangka sudah terbakar dua hari lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Wahib berkata, semakan pada nombor chasis mendapati kereta itu milik seorang lelaki lain beralamat di Taman Universiti, Skudai di Johor Bahru, dipercayai masih belum ditukar milik kepada mangsa.

"Mangsa merajuk dengan ibunya kerana kebun kelapa sawit tidak dipindah milik kepada mangsa dan sebagai bukti mangsa membakar kereta bersamanya.

"Kali terakhir mangsa berhubung dengan ibunya adalah pada Jumaat lalu kira-kira jam 3 petang memberitahu mangsa sudah tidak mahu lagi mengambil apa-apa bahagian harta milik keluarganya," katanya.

Mangsa menyewa bilik di sebuah rumah di Jalan Hujung, Yong Peng, di sini.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.


http://www.bharian.com.my/node/235020


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah..sian. Teruk beno merajuknya ye... Sakit cikkk mati terbakor
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 04:21 AM | Show all posts
wow...hmm...pretty dramatic and tragic death. hmm...takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi siannya! Berharap harta..mungkin nak bayar hutang piutang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup pun sewa bilik je....

Mak takut nk bg kebun sawit tu kat dia nanti dijual nya pulak.....iyalah, dah umur 60thn tak de halatuju.....

Skrg dua dua pihak puashati gitu.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 60 pun masih harap harta mak ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2017 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah..sanggup bunuh diri mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 07:42 AM | Show all posts
entah apo nak jadi ngan ekau jang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 07:44 AM | Show all posts
Hati tisu sungguh pakcik ni. Semoga tenang di dunia sebelah sana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
So kebun kelapa sawit tempat apek bunuh diri = kebun milik mak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt kan muda belia yg mati..rupanya dh tua bapak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:29 AM | Show all posts
adakah masa terbako tu si mangsa tersenyum berpuas hati geramnya terbalas?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tua dah. tragis sgt cara dia bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 09:49 AM | Show all posts
mak mesti kenal anak....ada sbb la x bg
merajuk pon smp sgup bakar diri
xpela...nanti di wariskan ke cucu aje
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 09:54 AM | Show all posts
amboi merajuk sampai bakar diri..cer ikut perangai aizam awang, merajuk melarikan diri ke CA
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 10:17 AM | Show all posts
mcmne emaknya? xde berita bg pihak ibunya kOmen ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 10:26 AM | Show all posts
mak ngan anak dah sama2 tua. ntah apa lg nak dikejar harta dunia, bukan bawak mati.

eh tp dorang mati bawak harta
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 10:27 AM | Show all posts
rosasa replied at 16-1-2017 09:54 AM
amboi merajuk sampai bakar diri..cer ikut perangai aizam awang, merajuk melarikan diri ke CA

kannnn...kurang2 bikin perdebatan jua di kalangan acik2 kepam forum cari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 10:27 AM | Show all posts
tak seksa ke bunuh diri macam ni dekk
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 10:30 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 16-1-2017 10:27 AM
kannnn...kurang2 bikin perdebatan jua di kalangan acik2 kepam forum cari.

tu la kan uols..boleh jadi bahan csi kat sini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.053193 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list