Edited by juliez at 14-1-2017 09:50 PM
Mangsa ==> @fikrisharif
Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Zoey Rahman berharap peminat tidak percaya dengan dakwaan dia tidak membuat bayaran hasil kerja seni (artwork) seorang pereka grafik seperti yang tersebar di laman sosial ketika ini. Menurut Zoey atau pemilik nama sebenar, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 31, isu itu timbul
hanya disebabkan salah faham membabitkan dirinya dengan pereka grafik terbabit sehingga turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang hiburan tanah air. “Semuanya bermula apabila saya mencari pereka grafik sambilan untuk membuat rekaan produk perniagaan yang hanya dikenali di laman sosial sebelum ini. “Saya juga meminta contoh rekaan pereka grafik itu dan dia juga turut menyiapkan beberapa rekaan untuk produk itu. Pada masa sama, saya terus membuat bayaran deposit sebanyak RM100 kepada pereka grafik terbabit. Namun, apabila rekaannya kurang memuaskan, saya buat keputusan tidak menggunakan rekaannya,” katanya. Zoey berkata, dia juga mendapat tahu pereka grafik itu membuat cerita yang tidak betul apabila terbaca mengenai isu itu di laman sosial. “Saya juga tidak sangka dia ‘screenshot’ perbualan kami sebelum ini dan memuat naik di laman sosial. Lebih teruk lagi, saya juga didakwa tidak mampu membayar hasil kerjanya yang berharga RM200 kerana miskin,” katanya. Bagaimanapun, kata Zoey, dia juga sudah berhubung dengan pereka grafik terbabit dan membuat pembayaran baki sebanyak RM200 seperti ditetapkan. “Saya sudah menyelesaikan perkara ini secara baik dan dia juga sudah memohon maaf dengan saya. Saya sudah memaafkannya kerana tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana percaya saya berada di pihak yang benar. “Apapun, saya tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan terhadapnya kerana dia masih muda dan banyak lagi ilmu perlu dipelajarinya. Saya juga berdoa semoga dia terus berjaya pada masa depan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 8:01 PM
|