Foto: www.salvagesupperclub.com
Mungkin kedengaran jelik dan geli, tapi sebuah restoran ini menawarkan satu kelainan kepada pelanggan dengan menghidangkan makanan dalam kontena sampah.
Restoran yang dinamakan Salvage Supperclub ini terletak di kota raya New York di mana pelanggan akan menjamu selera dalam kontena yang dipanggil Dumpster.
Foto: www.salvagesupperclub.com
Kebanyakan dari sumber bahan mentah untuk menyediakan sajian dalam restoran ini diambil dari bahan-bahan yang selalunya dibuang dari restoran lain seperti sayur yang sudah layu.
Bukan sengaja dibuat begitu, tetapi pengasas restoran ini mempunyai mesej yang tersendiri untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tabiat pembaziran makanan.
Foto: www.salvagesupperclub.com
Antara resipi yang popular di sini adalah Tart Krim Pisang. Bahan-bahannya diambil dari coklat cip yang hampir dibuang ke tong sampah dan pisang hampir busuk yang hanya dibeli di sebuah pasar borong.
Tapi jangan risau sebab restoran ini terletak di sebuah kawasan perumahan yang bersih dan sudah dibasmi dari sebarang penyakit dan kuman.
Foto: www.salvagesupperclub.com
Tambah menarik sebab restoran ini dihias dengan cantik dan diberikan pencahayaan yang menambahkan lagi suasana elegan di dalamnya. Meja disusun dengan kemas dan bukan sahaja dapat mendidik masyarakat supaya tidak membazir, malah menjadikan kita lebih bersyukur.
Ada sesiapa yang berani mencuba makanan di sini? -CARI |