View: 3898|Reply: 22
|
"Jangan Kejut Harimau" - TMJ Gesa 'Tan Sri' Jelas Ke Mana Hala Tuju Pe
[Copy link]
|
|
"TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT."
Wah, marah betul Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) apabila baginda secara terbuka mengecam tindakan seorang 'Tan Sri' dan 'menteri' yang mengambil kesempatan menumpang populariti di atas kejayaan Faiz Subri baru-baru ini.
Menerusi entri itu, TMJ menyatakan akan menyelesaikan isunya dengan Tan Sri berkenaan dahulu yang dipercayai sering tidak berpuas hati dengannya.
"Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu," tulisnya.
Bagaimanpun, TMJ turut memberi amaran kepada seorang menteri yang 'pernah mabuk' suatu ketika dahulu untuk datang menghadapnya dan menerangkan kepada rakyat Malaysia mengenai skandal membabitkan seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Johor.
Menerusi entri berkenaan, dipercayai 'Tan Sri' yang disebut-sebut TMJ ialah bekas presiden Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Terdahulu, Annuar mengeluarkan kenyataan mengatakan Mohd Faiz juga berada di bawah bimbingannya apabila dia bermain untuk pasukan Kelantan - The Red Warriors (TRW).
Lebih mengejutkan, TMJ mendakwa Annuar yang juga merupakan Pengerusi Mara, menyalahgunakan kuasanya menaja pasukan Kelantan menggunakan dana yang merupakan wang rakyat.
Bersama dengan entri berkenaan, TMJ turut memuat naik beberapa keping gambar bukti dana MARA disalahgunakan.
"Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors di saat ekonomi negara sedang merudum.
"Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat," katanya. - CARI
Sumber foto: FB JOHOR Southern Tigers
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa logo UniKL muncul kat jersey TRW, staff UniKL kata TSAM baik hati tolong promotekan sebab dia pegang kelab. Rupanya berbayar..choyyy. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian2, pada masa ni, ada pemain yg kereta kena tarik, susu anak habis x buleh beli, bayaran rumah tertunggak.
Depa yg kaya2 ni dok berlawan statement dlm media sosial.
Mmg patutla bola malaysia ni ranking bawah tumit kaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by scorpionkiki at 12-1-2017 02:27 PM
Baguih tmj....tambah lg ..hoki pahang tolong tengok siapa penaja tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ibu bapa yg pinjam sana pinjam sini sbb anak dpt masuk MRSM,
|
|
|
|
|
|
|
|
Tmj jugak patut tengok siapa president unikl....johorean jugak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus jugak ada yg berani menegur. |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin lantang tmj lately.. Azam baru ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dipercayai Tan Sri itu adalah Tan Sri Annuar Musa. Yang Menteri tu plak dipercayai siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada kemuskilan elok le bertanya supaya semuanya makin jelas dan terang |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jer budak2 kita pintar. Tp kos pendidikan tidak semua mak bapak mampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sedara aku dah 2 thn kot x dpt elaun mara...dah x tau nk folo up dgn sapa...mara kata mrsm..mrsm kata mara..thn ni dah masuk thn ketiga dah...still menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
terbaikla tmj. kekalkan perangai tu. tak puas hati, sound terus. barulah nampak function tuanku di situ. hampunkan kaka tuanku. muah siked |
|
|
|
|
|
|
|
sian anak anak kita yang di MRSM. especially anak anak yg ibubapa tak berkemampuan. makanan di dewan makan hari hari yg di hidangkan utk anak anak kita sangat la rendah kualiti, bila di tanya rupanya bajet dah di potong. haram jadah menteri yg salah guna duit MARA...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|