CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 809|Reply: 0

Obama Sebak Ketika Sampaikan Ucapan Perpisahan Di Chicago

[Copy link]
Post time 11-1-2017 05:49 PM | Show all posts |Read mode


Pagi Rabu waktu Malaysia, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyampaikan ucapan perpisahan penuh emosi di hadapan kira-kira 20,000 penyokongnya di kampung halamannya Chicago.


Selain menyentuh tentang isu politik, beliau turut mengambil peluang untuk mengucapkan rasa terima kasih kepada isterinya, Michelle dan kedua-dua anak perempuannya, Malia dan Sasha kerana sanggup berkorban demi memenuhi impian politiknya.


Ketika itu, majlis ucapan perpisahannya boleh dikatakan berada dalam situasi yang amat memilukan dan beliau kelihatan mengalirkan air matanya.


Dalam ucapannya, pada permulaan beliau menekankan kepentingan perpaduan dan demokrasi, kemudian menyentuh tentang keadaan yang dihadapi oleh kumpulan minoriti, sambil mengatakan masalah diskriminasi kaum bukan sahaja masih wujud malah terus memecah belah masyarakat Amerika Syarikat.


Mengulas mengenai ancaman pengganasan, Obama terus terang memaklumkan pengaruh di peringkat global buat China dan Rusia masih tidak sehebat Amerika Syarikat.


Tegas beliau, Amerka Syarikat akan terus memerangi ancaman pengganasan, kumpulan militan IS tidak mampu mengalahkan Amerika Syarikat walau apa sekali pun bentuk serangan yang diambil oleh mereka.  


Akhirnya, Obama turut mengulangi laungan slogan ketika kempen pemilihan presiden Amerika Syarkat yang dijalankan sebelum ini iaitu 'Change', tegasnya hak mengubah Amerika telah dipulangkan semula kepada rakyat Amerika, kini rakyat perlu membuat perubahan secara sendiri.


Beliau mengakhiri ucapannya dengan mengatakan "Ya Kita Boleh! Ya Kita Telah Melakukannya! ( Yes we can! Yes we did!).- CARI






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.350259 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list