"Mudah-mudahan dengan izin Allah serta berkat doa semua peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan, harapan itu dapat direalisasikan.”
Demikian kata-kata Subri Kader yang meminta orang ramai sama-sama mendoakan supaya anaknya, Mohd Faiz mampu meraih Anugerah Puskas FIFA untuk gol tercantik di dunia, sekali gus menjadi pembakar semangat bagi rakyat Malaysia untuk terus mencipta nama di persada dunia.
Sumber foto: Berita Harian
Menurut Subri, dia tidak dapat mengiringi Faiz ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri majlis anugerah berkenaan, namun dia yang menetap di Ayer Hitam, Kedah, akan menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, hari ini.
"ak cik akan mengikuti siaran langsung majlis anugerah itu di televisyen," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, jaringan yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz ketika membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.
Dua lagi calon bagi anugerah itu ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.
Sama-samalah kita berdoa dan menunggu keputusannya. - CARI |