CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2458|Reply: 12

Kalah Rayuan Kes Rogol, Guru Dipenjara Dan Disebat

[Copy link]
Post time 7-1-2017 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan rotan selepas kalah dalam rayuan mengetepikan sabitan kesalahan merogol seorang pelajar sekolah rendah.





Sumber foto: Carian Internet




Terdahulu, Mohd Faddil Abdul Rahman, 42, yang juga merupakan guru Matematik disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Seremban tahun lalu, bagi dua pertuduhan merogol pelajar perempuan, yang pada masa itu berumur 12 tahun, datang ke rumahnya pada September 2013, untuk belajar.


Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan rotan bagi setiap kesalahan dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.


Menurut Bernama, awalnya, Mahkamah Sesyen pada 20 Jan 2014 membebaskan Faddil berdasarkan keterangan pakar perubatan yang disokong isterinya bahawa dia mati pucuk ketika kesalahan itu didakwa dilakukan.


Namun Mahkamah Tinggi meminda keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan menyebabkan Mohd Faddil kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.


Rayuannya bagaimanpun ditolak sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Presidennya Tan Sri Md Raus Sharif dan mengekalkan kedua-dua hukuman berkenaan.


Mahkamah dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail bahawa tertuduh berjumpa pakar andrologi untuk pemeriksaan lapan bulan selepas kejadian rogol itu dan dia didapati mengalami mati pucuk.


Walau bagaimanapun, Tengku Intan mendakwa laporan perubatan itu tidak kukuh disebabkan jawapan diberi pakar andrologi berkenaan semasa di tempat duduk saksi adalah "barangkali" jelas menunjukkan dia tidak pasti waktu tepat tertuduh mengalami mati pucuk.


Berdasarkan fakta kes, tiada orang lain di rumah berkenaan dalam kejadian itu dan pelajar terbabit turut disuruh melakukan seks oral, sekali gus membolehkan mangsa memberi keterangan terperinci termasuk gambaran tentang alat sulit penyerangnya. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2017 11:32 AM | Show all posts
senang2 nye bg alasan mati pucuk? alasan mcm tu pun bleh dilepaskan?
rasa yakin sgt dgn undang2 kat malaysia ni.

isteri pulak bg sokongan padu pd suami/perogol budak.

speechless.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 11:37 AM | Show all posts
laki tu mati pucuk dengan akak ja sebab dah kertu dan over weight lagi...

dengan budak 12 tahun elok ja mencanak.....

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 12:00 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-1-2017 11:37 AM
laki tu mati pucuk dengan akak ja sebab dah kertu dan over weight lagi...

dengan budak 12 tahun e ...

yg manja x puas hati ni bile kluar kes mcm ni siap kata mati pucuk semua..nnt org lain pun dpt idea yg same
"nobody is above the law" tp kalau u mati pucuk it's ok, dimaafkan & u bleh rogol sesape yg u suke..

mmg mcm ni ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 12:06 PM | Show all posts
manjalara_01 replied at 7-1-2017 12:00 PM
yg manja x puas hati ni bile kluar kes mcm ni siap kata mati pucuk semua..nnt org lain pun dpt ide ...

mati pucuk tu konon nak kata he's not capable of committing the offence lah.... ala2 timbulkan keraguan gitu....

mati pucuk ni ada banyak jenis dan banyak tahap....

ada tu yang memilih, bukan mati pucuk sangat pun....

yang kita takut lepas ni jangan pulak ramai yang mengaku gay.....



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 12:36 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-1-2017 12:06 PM
mati pucuk tu konon nak kata he's not capable of committing the offence lah.... ala2 timbulkan ker ...

yaa tell that to the girl la his "not capable"
so kalau bukti2 dna dari budak ni semua cukup, ttiber kata mati pucuk terus jadi kes ragu2?
FACE PALM sgt...duh!!

nak pegi court utk kes2 mcm ni mmg hati kena kering agaknye, tp kalau parents mangsa..pulak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2017 12:42 PM | Show all posts
kan org kata the act of rape tu bukan abt sex, tp about power cmtu?
Nak tunjuk diri tu berkuasa ke atas org lain.
Ntah2 mati pucuk tu penyebab dia jd perogol, or maybe penjenayah seksual.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 10:05 PM | Show all posts
buat salah, terimalah hukuman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2017 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka rasakan lah hukuman dunia nie, tunggu lah kt padan mashar merangkak lah ko cari org yang kau rogol tu. Patutnyer malaysia buat hukuman mati kan Pucuk perogol nie baru xd sapa nm merogol.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 7-1-2017 12:00 PM
yg manja x puas hati ni bile kluar kes mcm ni siap kata mati pucuk semua..nnt org lain pun dpt ide ...

Nak buktikan rape tu kena adanya the act of penetration by the accused akak jadi dlm kes ni okt punya defence adalah dia alami mati pucuk so basically he is not capable of penetrating and no act of rape..Tp kn alasan tu ditolak sbb xde valid evidence menyokong at the time he is committing the rape, dia dh mati pucuk time tu n lagipun ada banyak bukti lain yg menyokong jgk, which is keterangan mangsa yg boleh cerita in details perilaku okt tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tupao melayu gersang ni, nak main tebuk xdapat terus main rogol. harap tupai gersang haram jaddah @Mimique masuk spin topic ni juga. pelaku mungkin cina kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 03:58 PM | Show all posts
ko pegilah cari pelacur, yg ko cari pasal ngn budak kenapa????? dasar sangap sendiri mendapat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah cp hantar kat mr husben. Yang i tak gemar dgn sikap mr husben ni, bila balik kampong, sapa2 bawa anak keliling kampung manjat moto dia ok jer. Kata sedara. Sedara tak pandai merogol meliwat ke? Keluar segala setan iols, mak mertua pon jenis tak pikir panjang. Serah jer cucu cucu dia kat mana2 jiran tiap kali nak ke pasar. Jangan lupa, atok2 yang dah uzur pon masih bernafsu natang hokay!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.072221 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list