CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1594|Reply: 5

Ritz Airlines Tidak Miliki Lesen Bawa Jemaah Umrah - MAVCOM

[Copy link]
Post time 6-1-2017 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengeluarkan amaran kepada Ritz Airline Berhad (Ritz Airlines) supaya berhenti memasarkan dan mengiklankan perkhidmatannya sebagai syarikat penerbangan komersial.


Memetik laporan Bernama, MAVCOM dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehingga kini Ritz Airlines tidak mempunyai sebarang Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) atau Permit Perkhidmatan Udara (ASP) yang sah sama ada dikeluarkan mengikut Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) atau Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3).

MAVCOM dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah menerima maklumat bahawa Ritz Airlines telah menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Marwa Vacations untuk mengendalikan sebanyak 32 penerbangan umrah (Kuala Lumpur – Jeddah; Kuala Lumpur – Madinah).


“Berdasarkan sebuah artikel berita, Ritz Airlines merancang untuk memulakan operasi penerbangan mulai Februari 2017 dengan menawarkan tiket pergi dan balik berjumlah RM2,950,” kata kenyataan itu.


Serentak itu, MAVCOM berkata, Ritz Airlines tidak boleh menuntut, menerima atau mengutip sebarang daripada operasi perkhidmatannya termasuk menggunakan pesawat bagi membawa penumpang, mel atau kargo.


MAVCOM dan MOTAC turut menggesa pengguna supaya lebih berwaspada apabila membuat sebarang pelan penerbangan dan perjalanan bagi memastikan mereka tidak menghadapi sebarang kesulitan dalam mengerjakan ibadah umrah.- CARI

sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap ummah celik info sikit. Kalau pakej murah luarbiasa tu mesti ada yang tak beres. Jangan menonong je join. Research sikit.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 04:02 PM | Show all posts
member ak sorg ade tgh tkandas di tanah suci.. x blk lg. hri ni x sempat tgk dia update ape d fb.

maybe kes2 mcm ni kot... ditipu sampai delay2 gtu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah dgr pun airlines ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 05:26 PM | Show all posts
bukan official name Waqaf Airline ker ?

sapa nak pergi umrah sekarang ni kena check dulu pegi dengan airline mana...tentukan airline tu ada dan beroperasi. As I know, next will get the permit to fly to jeddah and madinah is FlyGlobal.. guna B777.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org ckp tu rezeki depa dpt dok lama2 pijak tabah suci
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062938 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list