"Memang saya teringin menyertai pertandingan lawak di luar negara tetapi saya perlu membuat persediaan rapi dulu."
Itulah pengakuan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang masih belum bersedia untuk tampil di pentas antarabangsa dalam dunia komedi seperti yang disertai Harith Iskander baru-baru ini.
Sumber foto: IG Nabil Ahmad
Menurut Harian Metro, buat masa ini Nabil akan mengembangkan kariernya sebagai pelawak ke Indonesia sebagai persiapan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.
"Saya perlu menempa nama di Malaysia dulu sebelum membuat perancangan seterusnya," katanya kepada Harian Metro.
Nabil menjelaskan terdapat perbezaan antara pertandingan komedi di luar negara dan yang dianjurkan di Malaysia. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan rapi supaya bahan yang dibawa bersesuaian dengan penonton di luar negara.
"Harith mempunyai lebih 20 tahun dalam bidang ini dan dia bukan saja mahir membuat lawak dalam bahasa Melayu tetapi juga Inggeris," katanya.
Sumber foto: IG Harith Iskander
Wah, mungkinkah Nabil bakal menjejak langkah Harith dalam mengembangkan karier komedi di peringkat antarabangsa? Apa-apaun, semoga Nabil terus berjaya. - CARI |