View: 827|Reply: 0
|
Galaxy Note 7 Terbakar - Samsung Bakal Dedah Hasil Siasatan Bulan Ini
[Copy link]
|
|
Memetik portal Reuters, akhbar JoongAng Ilbo pada Isnin melaporkan Samsung Electronics Co Ltd akan mengumumkan hasil siasatan mengenai punca sebahagian telefon pintarnya, Galaxy Note 7 yang terbakar pada bulan ini.
Sumber foto: BGR
Oktober lalu, syarikat dari Korea Selatan itu memaklumkan selepas melakukan pemeriksaan ke atas semua aspek di dalam model telefon itu, ia menunjukkan kemungkinan terdapat gabungan faktor menyumbang kepada kegagalan telefon pintar itu dari aspek keselamatan.
Pengeluar telefon pintar ternama itu memberitahu keuntungan operasi mereka terjejas sebanyak ASD 5.1 bilion (RM22.91 bilion) sepanjang beberapa bulan ekoran keputusan mereka menghentikan jualan Galaxy Note 7 sepenuhnya pada Oktober lalu.
Pelabur dan penganalisis berkata, adalah sangat penting untuk Samsung mengenalpasti punca utama kebakaran itu berlaku bagi membina semula keyakinan pelanggan dan mengelak kesilapan sama berulang.
Jurucakap Samsung Electronics bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|