Pelakon cantik berbakat besar, Nabila Huda mengakui yang bakat menyanyi seperti bapanya, Amy Search tidak mengalir dalam darah.
Dia sering berasa gugup di atas pentas dan mempunyai masalah untuk menghafal lirik ketika membuat persembahan nyanyian.
“Bagi saya, menyanyi bukan senang. Macam saya, ada masalah tidak boleh ingat lirik. Kalau saya berlakon, saya gembira. Dalam jiwa, tiada untuk jadi penyanyi,” katanya kepada ProjekMMO.
Foto: IG Nabila Huda
Nabila, 33, berkata walaupun pernah merakamkan lagu lapan tahun lalu namun ia dilakukan demi memenuhi permintaan bapanya.
“Kalau menyanyi mungkin lebih senang dapat rezeki daripada berlakon ambil masa lama tetapi bila saya sudah cuba, menyanyi bukan minat saya."
Dia juga menegaskan akan terus berlakon selagi terdaya untuk menyumbang bakatnya dalam arena seni.
“Saya akan terus berlakon dan tidak akan berhenti. Bila sudah tua nanti, adalah watak yang sesuai untuk saya."
Foto: IG Nabila Huda
Apa-apa pun semoga Nabila sentiasa sukses dalam apa jua yang dilakukan dan bahagia di samping keluarga tercinta -CARI
Post time 2-1-2017 11:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Contohi sikap abil. Jangan jadi macam sesetengah pelakon yang sora hauk masih terhegeh hegeh nak jadi singer.. Macam ayam betina acah acah nak jadi ayam jantan berkokok tapi tak juga nak berkokok. Sesuwei disembeleh
masa dia mula-mula jadi pelakon vcd dulu memang kayu la chuols..sekarang memang banyak improvement. Ibarat kata kalau dulu dia berlakon dapat gred D, sekarang dah improve dapat gred A. Nasib baik dulu board gosip forum cari tak macam sekarang. Kalau tidak mesti dapat gelaran Nabila kayu jati