|
Sedia maklum, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dianggap salah seorang pemimpin negara yang sering memberi kenyataan di luar dugaan dan boleh dikatakan agak hilang akal.
Terbaru, dia memaklumkan dirinya pernah campak seorang perogol yang kejam dari helikopter, justeru itu, dia tidak menolak kemungkinan akan menggunakan cara ini ke atas pegawai kerajaan yang didapati mengamalkan rasuah.
Menurut laporan Reuters, kenyataan tersebut disuarakan oleh Duterte ketika membuat tinjauan di kawasan bencana pada 27 Disember, Selasa lalu.
" Kalau anda rasuah, saya akan guna helikopter bawa anda ke Manila, kemudian campak dari atas udara, saya pernah berbuat demikian, apa salahnya saya lakukan sekali lagi?"
Selain itu, susulan minggu lalu pihak polis Manila telah menangkap enam pengedar dadah yang memiliki lebih setengah tan dadah jenis 'Methanol', Duterte turut menyatakan pendapat berhubung penangkapan berkenaan.
" Mereka ni cukup bertuah, kerana saya tidak berada di Manila, sekiranya saya diberitahu mereka itu memiliki begitu banyak dadah jenis 'Methanol', pastinya saya akan bunuh mereka semua."
Bagaimanapun, sejurus itu jurucakap presiden Filipina, Abella menafikan Duterte pernah bertindak mencampak penjenayah dari helikopter, sambil mengatakan perkara tersebut hanya khabar angin semata-mata, ianya tidak mungkin berlaku. - CARI
sumber foto: Grafik CARI |
|