View: 2632|Reply: 8
|
Digodam, Sony Music 'Bunuh' Britney Spears
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MAL at 27-12-2016 04:53 PM
Baru-baru ini peminat penyanyi Britney Spears terkejut besar apabila Sony Music Entertainment menulis menerusi laman Twitter rasminya bahawa penyanyi terkenal itu sudah meninggal dunia akibat kemalangan.
Tweet itu bagaimanapun sudah dipadam dan menjelaskan bahawa Britney masih lagi hidup.
Pengurus Britney, Adam Leber memaklumkan kepada CNN bahawa akaun Sony Music Entertainment berkemungkinan besar digodam pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya pasti akaun mereka digodam. Britney berada dalam keadaan baik dan sihat. Sebelum ini, memang ada pengguna laman sosial yang membuat 'gurauan' sebegini, namun ia adalah kali pertama kenyataan sebegitu 'dikeluarkan' akaun Twitter rasmi Sony Music Entertainment," katanya.
Tak lama selepas tweet mengenai berita kematian Britney Spears, OurMine Security menulis tweet mengatakan akaun Sony telah digodam dan Britney baik-baik sahaja.
OurMine sebelum itu terbabit dalam menggodam akaun Twitter individu dan organisasi ternama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg, CEO Google, Sundar Pichai, dan Netflix.
OurMine bagaimanapun menegaskan bahawa mereka bukan penggodam, sebaliknya hanya melakukan pemeriksaan untuk melihat sama ada akaun terbabit cukup selamat atau tidak.
Sumber foto: Twitter
Macam-maca orang boleh buat dengan teknologi kini. Jangan menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada dengan tujuan menganiaya orang lain, sudahlah. - CARI |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
OurMine sebelum itu terbabit dalam menggodam akaun Twitter individu dan organisasi ternama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg, CEO Google, Sundar Pichai, dan Netflix.
org2 besar dlm bdg it pun kena hack
inikan kita2 ni
but...ya...who r yousss???
|
|
|
|
|
|
|
|
sian. klau selalu dilapor mati, maknanya panjang umur |
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif eyh announce orang mati tapi hakikatnya tak mati lagi.? |
|
|
|
|
|
|
|
lahanat punya hacker... sukati jah main2 psl berita kematian
mohon presiden fan club Britney Spears forum Cari @Ferr_Remy memberikan sepatah dua kata hencapan |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman skrg, hacker dah mampu tengok semua benda dari emel hinggalah setiap fail yang kita simpan di mana-mana server/ komputer. USA pulak memang dah mampu search semua fail digital di dunia ni, tak kiralah korang buat password protection bagai ke ape sejak zaman Snowden lagi, cuma undang2 je lagi yang tak benarkan hacker kerajaan buat sesuka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
khennn yahoo pon asyik kene hack byk kali kot dlm sethun oleh budak zaman 90 an muda2 dah cantik lak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 28-12-2016 01:06 AM
lahanat punya hacker... sukati jah main2 psl berita kematian
mohon presiden fan club Britney Spea ...
Jilager nyer hacker.. kesian my Britney , this time die tgh sibuk dating dgn Sam Alghari, model video clip Slumber Party uols but anyway good publicity for her Gitcheww yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
alih2 yg mati org lain....
george michael - 25/12/2016
carrie fisher a.k.a. princess leia organa - 27/12/2016
|
|
|
|
|
|
|
| |
|