View: 5571|Reply: 10
|
Edisi Homemade: Kenyal-kenyal Isinya, Kelapa Laut Sejuk Dan Menyegarkan
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MAMS at 27-12-2016 04:15 PM
Selain laicikang dan juga air mata kucing, jika anda mencari-cari minuman yang menyejukkan badan, apa kata mencuba air kelapa laut.
Sejuk, manis dan kenyal-kenyal isinya pasti membuatkan anda jatuh hati dengan minuman ini. Dikatakan kelapa laut juga melegakan batuk ringan, menambah tenaga dan melawaskan air kecil.
Foto: www.theislanddrum.com/
Banyak dijual di negara Thailand, bagaimanapun anda juga mendapatkan kelapa laut dijual di Padang Besar, Perlis dan Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan. Di sesetengah pasar malam atau pasar tani di Semenanjung, kelapa laut turut dijual dalam bentuk minuman yang menyegarkan.
Nak mudah, anda juga boleh dapatkan dalam bentuk yang telah ditinkan. Namun, kata orang resipi 'homemade' sudah pasti keenakan dan kesegarannya, kan? Jom cuba!
Foto: http://fazianbatrisyia.blogspot.my/
Bahan-bahan:
Semangkuk kelapa laut dibersihkan dan dipotong
8 helai daun pandan
Gula perang secukupnya
Gula pasir secukupnya
Semangkuk kecil longan kering
Secubit garam
Air secukupnya
Cara-caranya:
1.Renehkan air dengan daun pandan.
2.Kemudian masukkan longan kering.
3.Seterusnya masukkan gula.
4.Biarkan sehingga mendidih, masukkan kelapa laut. Kacau seketika.
5.Setelah siap masak, boleh disejukkan! - CARI
Kredit resipi: Dapur Kecil Zaira |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
xblh bukak pulak gmbr, baru nk tgk mcm mn rupa kelapa laut ni |
|
|
|
|
|
|
|
ok dah letak dah wak..tq ya |
|
|
|
|
|
|
|
amboiii sedapnyaa. terliur terus |
|
|
|
|
|
|
|
Puas beli/makan isi kelapa laut kat pasar tanah abang. Harga pun murah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ke? Selalu tengok orang jual tapi tak pernah try.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa budak2 dulu, selalu suruh orang panjat pokok ni
dapat buah tu, siap bersila bawah pokok, makan tak ingat dunia
memang sedap
|
|
|
|
|
|
|
|
masa budak2 dulu, selalu suruh orang panjat pokok ni
dapat buah tu, siap bersila bawah pokok, makan tak ingat dunia
memang sedap
pffftttttttt..triple post..sorry
|
|
|
|
|
|
|
| |
|