CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5995|Reply: 38

"Anak Aku Hampir Lemas Tiada Siapa Sedar, Syukur Aku Tak Main Facebook Masa

[Copy link]
Post time 27-12-2016 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAMS at 27-12-2016 04:59 PM


"Anak aku hampir lemas, tiada siapa sedar walaupun orang yang duduk di sebelahnya. Syukur aku tak main FB masa tu.."




Begitulah luahan seorang bapa yang menceritakan detik mencemaskan bila anaknya yang berusia tiga tahun hampir sahaja lemas ketika mandi di kolam renang.


Kata lelaki bernama Ifwan Tuah ini, anaknya Irriq berasa teruja untuk bersama abang-abangnya dan juga rakan baru yang mandi di kolam itu. Dia yang masuk ke dalam kolan itu tak menyedari pun kolam itu sememangnya dalam.


Namun, mujur bapa ini memang menjadikan 'habit' untuk memantau anak-anak yang sedang bermain dalam kolam, segera menyedari hal tersebut.





"Semalam, kisahnya agak berbeza, sebab aku sudah berada di seberang kolam (jaraknya kira-kira 4 meter dari dia), berdiri sambil memanggil diorang untuk naik selepas lebih 4 jam berendam.

"Untuk last dive tu, tiba2 irriq boleh pula ikut lari sama dengan abang2 dan kawan2 baharu sebelum dia tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam (update: kelihatan dlm cctv dia sebenarnya masuk ke kolam tanpa menyedari tempat tu dalam).

"Aku ingat aku menjerit menyebut IRRIQ sekuat alam, sebelum nampak tangan dia terkapai-kapai dalam air sebab kakinya tak jejak ke dasar," cerita Ifwan.






Alhamdulillah, walaupun ia merupakan detik mencemaskan namun berkat kepekaan bapa ini yang sering memantau anaknya, kejadian ngeri dapat dielakkan.

"Tujuan aku kongsi pengalaman ini adalah utk memberi peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan supaya kita sentiasa peka dan berhati-hati setiap kali bawa anak-anak ke tempat macam ini," katanya lagi.


Mujur percutian indah tidak menjadi sebaliknya atau pun mimpi ngeri. Kepada ibu bapa, pertamanya jangan sesekali abaikan keselamatan anak-anak dan sibuk dengan telefon pintar masing-masing. Jangan juga mengharapkan orang lain akan cuba membantu kerana keadaan kecemasan seperti itu, ramai yang menjadi panik dan terpinga-pinga.










Moga kisah ini memberi peringatan berharga buat semua yang mempunyai anak kecil di luar sana. - CARI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 12:37 PM | Show all posts

Mujur parents sempat nampak segera... kalu dah terjadi sesal macam mana pun tak berguna lagi.

Iols sendiri pernah saksikan kejadian budak berenang tanpa kawalan ni.

Kejadian di Aseania Langkawi, bulan 2 tahun lepas.

Kalu siapa tahu, kat pool Aseania ada gelungsur air, kecebum masuk ke pool dewasa.

Iols sendiri yg 164 cm mi tak berani nak main dengan tempat yang kecebum tu sebab tak pandai terapung lama2...

tiba2, ada seorang budak lelaki anggaran umur 11, 12 tahun tiba2 menggelungsur turun dan terus tenggelam timbul tangan je terkapai2.

Suami Iols yang kat luar pool yang jerit suruh iols tarik budak tu.  Iols harung pool tu... ya lah karang nak kuang lentang segala, lambat lak nak sampai ke tempat budak tu... iols tarik dia, tatang dia ke tepi, telangkupkan, pastu bersama suami tepuk2 belakang dia sampai dia tersedak dan keluarkan air.

bila dia come to his sense, dia bangun terus entah ke mana.... tak ada bayang parents nya pun around.  

Waktu tu lebih kurang pukul 11 pagi lebih tak banyak org ada kat pool.  Org yg kat pool berhampiran ada bawa toddler main-main kat kids' pool... itu je. mungkin tak perasan sebab kid's pool sebelah yg lain, lagipun of course sibuk main2 kan, takkan perasan anak orang lain.

Kalaulah jadi apa2 kat budak tu masa tu, seriau bila kenang2kan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kna pantau..xleh leka..bdk2 lagi tu..
Klu Jadi arwah..mau kene maki forumer smpai berbelas pages
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 01:05 PM | Show all posts
oh, aku ada tengok video ni
ha'ah seriau jugak
mujul bapaknya peka dan beringat
kalau jenis melayan henfon je
anak dah lemas terkapai2 tak perasan dah lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 02:36 PM | Show all posts
kejadian semalam kat hotel acapella s.alam, tgh syok2 mandi tiba2 dtg sorang budak pompuan umor dlm 3-4 tahun terus lompat masuk dlm kolam renang dewasa.... dlm hati aku ckp..ishhh budak ni biar betul, pastu aku dengar mak dia dari jauh tejerit jerit minta tolong suruh angkat, padahal aku memang dh angkatpun
dgn hp kat tangan dia, mulut aku spontan cakap "adui kak, kalau taknak bagi sayala anak ni...." mulut dia ucap terima kasih, tapi mata menjeling..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 02:38 PM | Show all posts
aku pun mmg sejenis paranoid. mandi kolam turun sama dgn anak. tak tengok je. hp laki bini tinggal. sbb tu kami kalau program mandi -manda samaada kat pool, laut atau sungai takde gambar. teringin nak duduk kat hotel pool dalam bilik. tapi paranoid takut anak terjun kolam time kami tido.. tapi as a parent mmg kena hati - hati jangan tangan tu berjahit dgn phone.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 27-12-2016 12:37 PM
Mujur parents sempat nampak segera... kalu dah terjadi sesal macam mana pun tak berguna lagi.

I ...

Tq uols selamatkan budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 04:07 PM | Show all posts
aku pulak suh laki aku mandi sekali ngn anak2......even dlm kolam budak paras lutut.....aku tukang amik gambar n jaga towel....haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 04:38 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 27-12-2016 08:07 AM
aku pulak suh laki aku mandi sekali ngn anak2......even dlm kolam budak paras lutut.....aku tukang a ...

sama la.. sbb kita kalo nk tukar baju.... mcm2 kene standby.. kesudahannya malas nk pikir.. baik jaga towel je
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nuerulcayang replied at 27-12-2016 04:07 PM
aku pulak suh laki aku mandi sekali ngn anak2......even dlm kolam budak paras lutut.....aku tukang a ...

bagus la uols...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 04:48 PM | Show all posts
nut.legacy replied at 27-12-2016 04:38 PM
sama la.. sbb kita kalo nk tukar baju.... mcm2 kene standby.. kesudahannya malas nk pikir.. baik j ...

ha kan.....lau 2 2 basah..sapa nk jaga towel ambik gambar lap anak sekian2.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 04:52 PM | Show all posts

bagi aku jaga smpai boleh..tapi lau dah jaga tapi kena jugak....redha je la....sbb anak2 ni dia xtau apa yg dia buat tu bahaya ke x..kita la kena gtau dia...ikutkan diorg nak mandi kt kolam dewasa sbb ada air terjun....even suh laki aku mandi sekali..aku tetap pantau dari atas..xde main2 tepon....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak jadi memang sekejap sangat. Sesal tak berguna
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 27-12-2016 12:37 PM
Mujur parents sempat nampak segera... kalu dah terjadi sesal macam mana pun tak berguna lagi.

I ...

Alhamdulillah Ifwan begitu peka dgn keadaan sekeliling so dgn pantas selamatkan nyawa anak
Nasib baik dia tak ralit dgn handphone seperti mak pak zaman sekarang ni sampaikan kat meja makan ralit sungguh menghadap h/phone dari melayan anak
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 27-12-2016 09:52 PM
che-cikL replied at 27-12-2016 12:37 PM
Mujur parents sempat nampak segera... kalu dah terjadi sesal macam mana pun tak berguna lagi.

I ...


Syabas & tahniah kpd hang & husband kerana berjaya menyelamatkan 1 nyawa
Dek kerana sikap keprihatinan serta kebolehan yg ada pd hang serta husband  1 nyawa dpt di selamatkan
Hanya Allah S.W. T saja yg dpt membalas jasa hang suami isteri. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 27-12-2016 02:36 PM
kejadian semalam kat hotel acapella s.alam, tgh syok2 mandi tiba2 dtg sorang budak pompuan umor dlm  ...

Syabas & tahniah kpd hang
Geram betul aku bila baca perangai hauk si perempuan yg ralit dgn h/phone sampai tak sedar anak kecil terjun kolam
Kalaulah ramai yg punyai sifat2 murni mcm hang ni byk insiden lemas di kolam renang & pantai dpt di elakkan serta mangsa dpt di selamatkan
Semoga Allah S.W.T. saja yg dpt membalas jasa gang.Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 11:10 PM | Show all posts
sebab tu dari usia 5 bulan dah hantar my baby pergi kelas berenang,
harap reti berenang supaya tak lemas ke apa..
dan still kenalah pantaulah tak leka..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 01:10 AM | Show all posts
Nasib baik anaknya selamat. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
meolls 24/7 berporem. acahner tu. nasib baik single and ready to mingle. ehhh larikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 12:12 AM | Show all posts
adik aku dulu pernah jadi..time tu gi piknik kat air terjun..my dad turun sekali jaga adik2 aku..masa ayah toleh panggil mak sbb mintak towel, adik aku tah macam mana terapung ikut arus air..sekelip mata je jadi..nasib baik sebelum jatuh ke bawah ayah aku sempat tarik..dia tak lemas cuma terapung..time tu umur adik aku dlm 4 tahun.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.104022 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list