|
Foto: IG Miss Sabeena
"Teruskan mencari", itu kata-kata pelakon Atikah Suhaime ketika mengulas tentang namanya yang berada di tangga kedua selepas Donald Trump sebagai individu paling dicari di Malaysia.
Nama gadis ini tersenarai dalam 10 personaliti paling banyak dicari pengguna internet Malaysia di Google bagi tahun 2016.
Malah, dia berjaya mengatasi populariti pelakon Korea, Song Joong-ki, yang berada di tempat ketiga dan penceramah popular Dr Zakir Naik yang berada di tempat kelapan.
“Saya tidak rasa saya adalah personaliti popular tetapi masyarakat mungkin ingin tahu tentang saya dan sebab itu mereka cari saya di Google," katanya kepada Projek MMO.
Foto: IG Miss Sabeena
Ini mungkin gara-gara kontroversi gambar lucahnya bersama seorang artis lelaki menjelang sambutan Aidiladha pada September lalu.
Walau bagaimanapun, Atikah, 25 enggan mengulas sama ada namanya melonjak naik akibat foto lucah tersebut atau sebab lain.
“Dan saya harap sikap ingin tahu mereka mengenai saya berterusan kerana saya akan bawakan sesuatu yang baik untuk mereka tahun 2017.”
Foto: IG Miss Sabeena
Tak sangka, tiba-tiba sahaja ramai pula yang ingin tahu pasal diri pelakon cantik ini. Ada sesiapa di luar sana yang turut mencari namanya di Google ke? Sebab apa? Kongsikan. -CARI |
|