Selebriti terkenal Hollywood, Hilary Duff, 29 telah dikecam peminatnya selepas memuat naik foto mencium anak lelakinya yang berusia empat tahun di Instagram.
Menurut laporan USA Today, pengikutnya di laman media sosial itu mendakwa yang tindakan tersebut tidak sesuai kerana faktor umur dan menyatakan ia tidak patut ditayang kepada umum.
Dalam foto tersebut, Hilary mencium bibir Luca ketika bercuti di taman tema Disneyland.
Foto: IG Hilary Duff
Walau bagaimanapun, sebahagian dari peminatnya pula menyokong tindakan tersebut dan mendakwa ianya adalah sangat normal.
"Saya cium anak perempuan saya yang berumur 12 dan 4 tahun macam tu. Berhenti musnahkan saat indah orang lain," tempelak peminat Hilary di Instagram.
Foto: IG Hilary Duff
Hilary memberikan reaksi yang sama terhadap pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.
"Sila berhenti ikuti (unfollow) Instagram saya," kata Hilary ringkas.
Ada baik dan buruknya tindakan yang dilakukan selebriti itu. Pendapat anda bagaimana? -CARI
Post time 16-12-2016 02:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku nyampah tngok hilary duff sbb sora sengau n pangai brebut bf ngan lilo dedulu. Tapppiiiiii... ape xde bende lain ke follower dia nak tegur? She's bonding with her child. Xde laif cam followers kt mesia yg suka tegur aurat org... ingatkn kt mesia je jd camtu.
lain dah muka hillary duff ni bila da besar. huhuhu...suka tgk citer dia dulu.. ala...dalam gambar dia cium tu cup cup je kot... biasalah budak kecik. dah besar nak masuk sekolah tu mmg la dah xsesuai..
bukan cium mulut masuk lidah pun. aku biasa je cium cup cup mcm tu (pinjam ayat ms.mango). salam tangan, cium tangan, cium bibir and last peluk kuat2. hahaha mcm tu la aku buat bila aku nak pergi kerja.