CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 5

Dakwaan Akan Bergelap Pada 18 Disember Ini Adalah Palsu- TNB

[Copy link]
Post time 15-12-2016 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Dakwaan yang tersebar di laman sosial dan aplikasi Whatsapp kononnya seluruh negara akan bergelap pada 18 Disember ini adalah palsu.


Demikian penafian Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.


Memetik laporan Sinar Harian, dalam kenyataan itu juga, Pengurus Besar Kanan, Hal Ehwal Korporat & Komunikasi TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin menasihatkan agar pengguna tidak berkongsi maklumat tersebut di media sosial yang lain.


“Untuk mendapatkan maklumat terkini kerja-kerja penyelenggaraan berkala TNB, pengguna dinasihatkan untuk melayari laman web TNB di https://www.tnb.com.my/residential/power-alert/ ”


Selain itu, pengguna juga boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di laman Facebook TNB Careline atau di talian percuma 1-300-88-5454.


Menurut maklumat palsu itu mendakwa, 18 Disember (Ahad) adalah hari tanpa elektrik di seluruh negara bermula 10 pagi hingga 5 petang.


Malah, maklumat yang tidak diketahui sumber asal itu mendakwa bahawa pemotongan elektrik telah berlaku di Petaling Jaya dan Subang Jaya, termasuk menggesa orang ramai melayari laman web TNB menerusi pautan yang disediakan dalam maklumat berkenaan.- CARI

sumber foto: www.tnb.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah. Cekidaut jela tnb nya website.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 12:35 AM | Show all posts
memanggg ler pelsuuu!

sebab kalo black out mana TNB bagitau....tetibe jer dah black out satu kawasan ber jam2....cis
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
apabila di fasik membawa berita,
kalau cepat nak.percaya,
akan sendri yg susah , huru hara, rugi duit dan masa
lagu bijak buat cool je
lagi selamat dr panik dan tergesa gesa tak tentu hala.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 01:35 PM | Show all posts
akusukaq replied at 16-12-2016 01:32 PM
apabila di fasik membawa berita,
kalau cepat nak.percaya,
akan sendri yg susah , huru hara, rugi ...

Yg tau tak de air je kat kl 19 sampai bila ha? Sbb tnb lah kan hadoilah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 02:12 PM | Show all posts
huh..mana logik 1 malaysia takde letrik..leh huru hara laaa kejap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.155067 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list