Sebut sahaja Tokyo pasti sudah terbayang pelbagai perkara menarik, serta tempat-tempat yang menawarkan konsep unik di negara itu.
Salah satu perkara tular kebelakangan ini adalah sebuah hostel yang dibina khas bertemakan rak buku.
Foto: Boredpanda
Semua tahu yang menginap di hostel adalah lebih murah berbanding di hotel-hotel mewah yang lain. Namun, murah bukanlah bererti anda tidak boleh menikmati pengalaman menginap yang unik dan luar biasa.
Hostel ini dikenali dengan nama Book and Bed Tokyo dan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya adalah syurga bagi si ulat buku.
Lokasinya terletak berdekatan dengan Stesen Ikebukuro, Tokyo, dan para tetamu yang datang untuk menginap di sini harus tidur dalam rak buku yang di luarnya sudah diisi dengan ribuan koleksi buku.
Foto: Boredpanda
Sebanyak 20 tempat tidur tersedia di sini dan harganya berbeza-beza mengikut keluasan 'kotak' tempat tidur tersebut. Di dalamnya disediakan kelengkapan katil, lampu tidur, tempat gantung baju dan langsir.
Pengalaman tidur dikelilingi buku kesukaan tentu tidak dapat dilupakan, dari buku Bahasa Jepun hingga Bahasa Inggeris semuanya lengkap tersedia.
Selain kemudahan membaca, internet juga sangat mudah diakses menggunakan sambungan Wifi hostel.
Foto: Boredpanda
Alamat: 1-17-7, Lumiere Building 7th Floor, Nishi Ikebukuro, Toshima-ku, Tokyo
Harga: Bermula dari 3500 Yen satu malam (Lebih kurang RM133)
Menarik dan sangat mengujakan bukan? Bolehlah mula merancang perjalanan anda ke Tokyo ya! -CARI