CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2434|Reply: 11

Pelekat Ah Long Di Mana-mana, Mana Pihak Berkuasa?

[Copy link]
Post time 15-12-2016 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Tak cukup dengan dinding di mana-mana bangunan, papan tanda lalu lintas pun mereka 'balun'. Semakin menjadi-jadi masalah menampal pelekat pinjaman Ah Long apabila mereka dengan sesuka hati menampal nombor 'perkhidmatan' mereka di mana-mana sahaja.


Penang Kini hari ini memuat naik sebuah foto pelekat Ah Long yang ditampal di papan tanda lalu lintas berhampiran pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah (SPICE).








Tidakkah terlintas di fikiran mereka bahawa tindakan mereka itu menjejaskan trafik dan pengguna jalan raya selain 'menyakitkan pemandangan'? Atau dalam kepala mereka hanya terfikirkan keuntungan yang bakal dikaut?








Perkongsian foto itu mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya hairan kerana masalah ini masih belum diselesaikan.


Ada netizen yang hairan mengapa pihak berkuasa masih belum mengambil tindakan sedangkan no telefon sudah terang-terang tertera pada pelekat berkenaan.


Malah, perbuatan menampal pelekat ini menimbulkan persoalan jika ada rakyat yang kurang kemampuan dan mengharapkan 'khidmat' Ah Long.






Sumber foto: FB Penang Kini




Semoga dengan perkongsian ini, pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan sepatutnya manakala rakyat pula diharap agar tidak membuat keputusan 'bodoh' dengan mengambil keputusan membuat pinjaman dengan Ah Long. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pemberi,ada penerima..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 12:55 PM | Show all posts
Permasaalahan yang dah bertahun jadi tapi tetap cam tak ada penyelesaiannya
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg menampal merata2 kt tempat terlarang sape suruh...byk lg tempat lain. Cer apply kt majlis perbandaran utk gantung banner
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:14 PM | Show all posts
alah...biasalah tu, kat negara luar pun berlambat iklan2 haram ni kat public..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:59 PM | Show all posts
ni suma biz maaaaa..cari mkn

meriahkan economic utk golongan2 middle n pprt

tgk taikun2 atas along ni sapa

selain along biz haram lain pusat umah urut, pelacuran,judi kuda online, cd haram, drug etc

sume dr atas2 tu jgk

some of benefits also wil donates 4 election nnti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2016 02:57 PM | Show all posts
yang paling bengang ditampalnye kt cermin cembung tepi jln.. kan bahaya x nmpak kereta.. y tukang tampal tu akk doakan ko g melingkup ngn bos ko skali
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 05:20 PM | Show all posts
rancang nak pinjam along lah. sesak duit. meh bagi contact number. hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 05:20 PM | Show all posts
tidola ape lagi nak buat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 05:53 PM | Show all posts
dah la semak je..sampai mereput dibiarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:10 AM | Show all posts
nak tampal tu jgn la memudaratkan tempat awam, smpi signboard pon di tampalnye, dri dlu lg jadi tanda tanye mmg takde tindakan ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 04:28 PM | Show all posts
"Kita tunggu aduan," ... Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.797991 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list