Alahai, kasihan pengantin baru seorang ini apabila cedera pada jari ketika melakukan kerja rumah.
Kecederaan itu berlaku apabila aktres Amyra Rosli sedang membuka satu bungkusan plastik menggunakan pisau sebelum ia terkena jari tangan kanannya sehingga berdarah.
Sumber foto: IG Amyra Rosli
Sementara itu, pelakon Amar Baharin mengakui dirinya panik apabila jari telunjuk isterinya, Amyra Rosli cedera dan darah tidak berhenti mengalir.
"Saya jadi panik kerana lukanya agak besar dan darah tidak berhenti mengalir dan mengambil keputusan membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
"Doktor mahu menjahit bahagian luka itu kerana ia agak teruk tetapi Amyra menolak kerana berasa takut dan sebagai penyelesaian, doktor menggunakan gam khas untuk mencantumkan kembali kesan luka yang terkoyak," katanya kepada mStar Online.
Sumber foto: IG Amar Baharin
Dalam masa sama, Amyra mengatakan kejadian itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk melakukan kerja rumah, malah dia kini semakin mahir memasak untuk suaminya.
"Saya tidak belajar memasak secara khusus tetapi melakukannya dengan cara tersendiri berbekalkan pengalaman membantu ibu di dapur sebelum berkahwin.
"Selain itu saya banyak mencuba resepi sendiri mengikut apa yang terlintas di fikiran dan alhamdulillah setakat ini suami kata sedap dan menepati seleranya," katanya.
Wah, baguslah jika Amyra sudah mula belajar bagaimana mahu menjadi seorang isteri bertanggugjawab. Semakin mahir memasak pula. semoga terus bahagia ya. - CARI |