CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 1

Kes Demam Denggi Catat Peningkatan- KP Kesihatan

[Copy link]
Post time 15-12-2016 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Bagi tempoh 4 hingga 10 Disember lepas, kes demam denggi meningkat kepada 48 kes atau 3.6 peratus pada minggu ke-49 tahun ini dengan 1,376 kes dilaporkan berbanding 1,328 kes pada minggu sebelumnya.


Bernama melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 417 lokaliti wabak masih aktif dilaporkan di kebanyakan negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah.


Bagi tempoh 4 hingga 10 Disember juga, terdapat enam kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi di Malaysia dari Januari sehingga 10 Disember kepada 228 kes berbanding 304 pada 2015 iaitu pengurangan sebanyak 24.7 peratus, jelas beliau.


Mengenai situasi virus Zika, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 8 Disember lepas, terdapat 75 negara yang melaporkan jangkitan Zika.


“Di Malaysia pula, bilangan kes positif Zika yang dilaporkan dari 1 September sehingga 10 Disember 2016 masih kekal tujuh.”


Tegas Dr Noor Hisham, pemantauan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari Jun 2015 sehingga 10 Disember lepas, turut mendapati keputusan ujian negatif bagi 1,633 sampel darah dan air kencing yang diuji daripada pesakit yang menunjukkan gejala virus Zika.- CARI

sumber foto: CARI Grafik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 10:14 AM | Show all posts
Bagi tempoh 4 hingga 10 Disember juga, terdapat enam kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi di Malaysia dari Januari sehingga 10 Disember kepada 228 kes berbanding 304 pada 2015 iaitu pengurangan sebanyak 24.7 peratus, jelas beliau.
Terimakasih kepada semua yang terlibat sedaya upaya mengurangkan peningkatan denggi ini
terutama nya abang-abang tukang sembur tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056651 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list