CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 0

Kekal Sama Kadar Tarif Elektrik Di Semenanjung, Sabah & Labuan

[Copy link]
Post time 15-12-2016 09:20 AM | Show all posts |Read mode


Kadar purata tarif elektrik asas untuk pengguna di Semenanjung, Sabah dan Labuan kekal pada harga sama bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun, tahun depan.


Demikian keputusan yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin berhubung khabar angin kenaikan kadar tarif elektrik di seluruh negara.


Memetik laporan Bernama,Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengguna tidak akan membayar bil elektrik lebih tinggi sekiranya mereka mengekalkan penggunaan pada kadar sama.


“Kerajaan turut bersetuju melepaskan penjimatan daripada mekanisme Pemindahan Ketidakseimbangan Kos (ICPT) sebanyak RM766.33 juta melalui rebat tarif elektrik, iaitu 1.52 sen per kiloWatt jam (kW/j) di Semenanjung, namun tertakluk kepada penggunaan elektrik 300 kW/j dan ke bawah."


“Sabah dan Labuan juga diberi rebat sebanyak 1.20 sen kW/j kepada pengguna dalam kategori yang sama.”


Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga kini, jumlah keseluruhan rebat bil elektrik dinikmati pengguna di Semenanjung adalah RM4.099 bilion.


Manakala di Sabah pula sebanyak RM126.26 juta yang diberikan kerajaan dari 1 Mac 2015 hingga 30 Jun, tahun depan.- CARI

sumber foto: http://uploads.kinibiz.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039890 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list