View: 3928|Reply: 27
|
Rebah Selepas Bermain Badminton, Pegawai Kanan Polis Mati Mengejut
[Copy link]
|
|
Aktiviti sukan bertukar jadi tragedi apabila Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Supt Mohd Senu Mohd Nor meninggal dunia usai bermain badminton, Selasa malam.
Sumber foto: Carian Internet
Menurut Bernama, Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata mangsa, 49, sedang berehat selepas bermain badminton sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam.
"Allahyarham baru dua bulan bertugas di IPK Melaka dan sebelum ini merupakan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah.
"Allahyarham telah berkhidmat selama 28 tahun dan saya mengenali arwah sejak beliau berkhidmat di IPK dua bulan lepas, dan beliau merupakan pegawai yang rajin dan komited terhadap tugas," katanya.
Tambah Datuk Ramli, Allahyarham sebelum ini tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan atau penyakit kronik dan punca kematian setakat ini disahkan sebagai mati mengejut, sehingga proses bedah siasat selesai.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang merupakan seorang guru dan tiga anak berusia lima hingga 19 tahun.
Jenazah Mohd Senu akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Seribong di Pasir Tumboh, Kota Bharu malam ini (Rabu).
Proses penghantaran jenazah Allahyarham ke Kota Bharu akan dibantu IPK Melaka dan anggota polis di Kelantan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah..
ramai juga yang mati lepas beraktiviti sukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kematian memang tak dapat dielakkan
kalau dah tertulis, sudah sampai masa
takde apa dapat menghalang
tapi bila berhadapan dengan situasi camni,
penting orang sekeliling tau untuk melakukan CPR
sebagai langkah awal rawatan kecemasan
yg penting kita ikhtiar
innalillah dan takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Takde orang cpr ke macam thread sebelah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila rasa umur dah 40 tahun ke atas tu, hati2 lah bila nak main bolasepak atau badminton....... |
|
|
|
|
|
|
|
49 tahun...sikit lagi nak keluar epf
takziah buat keluarga yang ditinggalkan.. kesian..anak kecik baru 5 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah 2 tahun tak main sukan, last aritu main futsal, rasa nak pitam, nasib baik aku berjalan perlahan pusing gelanggang, kalau tak, meninggal dah |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga beliau. Ada ramai je yang jadi cam ni lepas main badminton sesak nafas rupa2nya ada masaalah kesihatan yang tak dia sedari sebab menganggap masih muda. |
|
|
|
|
|
|
|
nk jaga kesihatan asal2 nya layan game ni.. tp kena tahu jugak had kemampuan diri.
tp gtu la kalau dh ajal.. Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sahaja kena tahu CPR tapi choking management juga adalah penting.Jangan nak tggu paramedic aje.orang awam pun perlu tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Emoga ditempatkan bersama para solihin |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum main xde warm up ke? Badminton ni bukan sukan yg boleh terus main on the spot sbb ia melibatkan seluruh anggota badan..
Kena warm up.. Seminggu 2-3 kali g a jogging.. Baru syok main badminton.. Xde asik kejar shuttle jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jarang bersukan, jangan terus all out bila main futsal/badminton..
Kalau tau ada tournament ke ape ke, mula dengan jogging ringan2 tetiap hari sebulan sebelum tournament.. sekadar buat push up dan sit up pon ok..
Tak la terkejut jantung dan badan korang.. |
|
|
|
|
|
|
|
malu kat kak ros...60 ++ steady jer kawal gelanggang |
|
|
|
|
|
|
|
malu kat kak ros...60 ++ steady jer kawal gelanggang |
|
|
|
|
|
|
| |
|