CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1455|Reply: 2

Angkasawan Tertua AS, John Glenn, Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 9-12-2016 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Kelmarin, John Glenn, lelaki yang telah melakar sejarah sebanyak dua kali sebagai warga Amerika yang pertama mengelilingi bumi dan warga emas pertama menjelajah angkasa lepas telah meninggal dunia pada usia 95 tahun.


Memetik laporan Daily Mail, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) merupakan antara yang pertama memberikan penghormatan kepada Glenn, yang telah lebih dua dekad berkhidmat sebagai senator, dengan menggelarkan beliau 'Wira Amerika Sejati'.


Menurut Hank Wilson, jurucakap bagi Bahagian Hal Ehwal Awam di Kolej John Glenn, Glenn telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kanser James di Colombus, Ohio.


Punca dan butiran lanjut kematiannya tidak diberikan.


Angkasawan dan warga emas yang telah melalui zaman dua peperangan ini telah mengalami kemerosotan kesihatan, menjalani pembedahan untuk menggantikan injap jantung pada 2014 dan kemeudian dilaporkan menghidap strok, serta telah dimasukkan ke wad kanser di Colombus lebih seminggu yang lalu.- CARI





sumber foto: http://kb.osu.edu & www.gannett-cdn.com



sumber foto: http://gdb.voanews.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 04:42 PM | Show all posts
wow 95 tahun tu consider dahsyatlah, kat Malaysia ni kalau 70 tahunpun consider bertuah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 06:51 PM | Show all posts
Baru tengok kisah dia dalam  Hidden Figure semalam kat GSC.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053326 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list